Pages

Monday, November 29, 2010

Apabila Lelaki Terlampau Mencintai

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis ; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami – ada kalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurang simpati.

Demikianlah lelaki, tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.

Wahai wanita, elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa lelaki-lelaki seperti ini. Fahami, kenali, pelajari dan selamilah lelaki yang anda temui itu agar anda tidak menjadi mangsa sekian kali.

Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :

1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikit pun terlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

3. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak memperdulikan apakah anda mengalirkan air mata tatkala dia tertawa.

4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi anda sebagai kekasihnya mahu pun isterinya.

5. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda. Kongkongannya semata mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap luap itu. Dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda. Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap dirinya. Kadang kadang dia seperti anak kecil dalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripada anda.

6. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa sahaja asalkan membahagiakan anda.

7. Kadang kadang dia merajuk kerana mahukan kata kata lembut daripada anda. Dia berasa lega dan gembira apabila mendapat kata kata pujukan yang amat didambakan oleh hatinya yang telah diselaputi cinta itu.

8. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengan anda. Dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dan kadang kadang katanya puitis sekali. Dia akan kerap bertanya apakah anda masih mencintainya, padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.

9. Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam alam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang wenangnya. Dia berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...