Pages

Tuesday, November 9, 2010

farah helmi....

Nama aku Farah, Farah binti Helmi. Aku berusia 23 tahun, kini aku seorang siswi di University of Oxford di United Kingdom. Aku hidup keseorangan di sini, hanya bertemankan rakan-rakan seperjuangan aku yang sama-sama berasal dari Malaysia. Pejam celik, pejam celik sudah 5 tahun aku berhijrah ke negara orang untuk memiliki segulung ijazah dalam jurusan kedoktoran. Dalam masa lima tahun itu jugalah hati ku sudah terpaut pada seorang jejaka yang telah mengetarkan jiwa aku sewaktu melihat dirinya pada pandangan pertama lagi. 'Hafiz'.. Ya, Hafiz bin Hanafi adalah seorang jejaka yang telah mengetarkan jiwa dan naluri wanitaku apabila terlihat kelibat lelaki itu.

"Tahun ini adalah tahun terakhir aku di sini, perlukah aku untuk mengatakan isi hati aku yang sebenar....?," bisik hati Farah yang seolah-olah sedang berperang dengan perasaan sendiri. "hey Farah,"..lembut suara yang dituturkan. Lamunan Farah terus hilang begitu sahaja apabila satu suara telah menyergah dirinya, dia kenal sungguh dengan suara yang garau itu dengan pantas Farah memalingkan mukanya ke arah belakang dan terlihatlah wajah seorang lelaki yang kulitnya yang berwarna kuning manggis dan mata yang agak besar serta memakai kemeja berwarna putih beserta sluar slack hitam dikenakan dengan beg galas berwarna hitam berjenama Polo, sudah cukup untuk menyerlahkan wajah Hafiz yang handsome itu. 

"Hey Hafiz, sorang aje..?," ayat yang ditutur penuh hati-hati. Hafiz yang sedari tadi hanya menatap kosong pada wajah Farah sudah mula mengeluarkan kata-kata.."saya sorang aje, ade ke awak nampak pontianak yang ikut saya tadi?".. Farah sudah tersenyum dan mula tergelak kecil, Hafiz memang orang yang paling dia rapat sejak dia berhijrah ke situ 5 tahun dulu.. Dalam diam, dia juga telah menyimpan perasaan terhadap Hafiz yang mungkin dianggap sebagai kawan baik saja oleh Hafiz. Farah tidak berani bersuara untuk menyatakan isi hatinya kepada Hafiz kerana bimbang jika dia membongkar isi hatinya, Hafiz tidak akan menerima dan mula menjauhkan dari dirinya dan itulah yang paling ditakutkan oleh Farah. "Ada apa-apa yang boleh saya tolong awak ke?," soal Farah secara tiba-tiba. Hafiz hanya tersenyum dan berkata 

"jom, ikut saya jumpa Miss Janet".. 
"untuk apa? awak nak melamar dia ke?? dan kenapa saya pula yang kena  ikut??,"soalan demi soalan diajukan kepada Hafiz..
"ikut aje lah, jangan banyak soal boleh tak.. kalau nak jawab soalan awak tu sampai esok belum tentu kita akan jumpa Miss Janet, silap-silap ada yang kene humban ke dalam longkang besar di depan tu..," desak Hafiz sambil menjuihkan mulutnya ke longkang besar yang di maksudkan..


 Farah hanya menurut kerana dia tahu benar sikap Miss Janet yang akan melakukan apa saja jika orang yang ingin di temui itu lewat sampai tepat pada waktunya.. Seperti yang pernah di katakan dalam kelasnya setiap kali bertemu.. "if I call you and set your time to meet with me, please come on time, if you fail to do this, without embarrassment I feel free-you will be fine," dengan suara dan arahan yang tegas berserta riak wajah yang menggerunkan sudah cukup membuat semua student tertunduk senyap dan mengiakan saja kata-kata Miss Janet itu....
 
Hafiz sudah menguak daun pintu dewan yang tertulis 'Oxford Hall' dan kelihatan di dalamnya sungguh gelap, dengan pantas Farah bersuara "Fiz, apa kita nak buat di dewan yang gelap begini.. Awak kata Miss Janet nk jumpa kita tapi kenapa awak bawa saya ke dewan yang gelap ni?? Jangan-jangan awak nak....," kata-kata Farah terhenti oleh jelingan tajam Hafiz, dia memang gerun dengan jelingan lelaki itu.. "Kan saya dah kata, jangan bnyak soal boleh tak.. awak jangan risaulah lagi pun takkan saya nak buat yang bukan-bukan pada awak pula," tekan suara Hafiz dengan nada berbisik.. Farah hanya berdiam saja dan mengikut jejak Hafiz ke dalam dewan..

 
Setibanya di dalam 'Oxford Hall'.. Farah terkedu apabila suasana yang gelap sebentar tadi tiba-tiba bertukar terang dengan lampu yang indah. Dilihat di dalam itu ada banyak meja yang dihias cantik dan rapi.. Farah seolah-olah tidak boleh berkata apa-apa apabila matanya tertancap pada banner yang bertulis 'HAPPY BIRTHDAY TO 23 YEARS OF THE BIRTH OF FARAH .. WE PRAY  YOUR LIFE WILL BE BETTER AND MORE PERFECT..' Farah seolah-olah mahu pitam dibuatnya, ketika itu hatinya seperti tidak punya perasaan lagi kerana perasaan yang ada dalam dirinya sudah bercampur-aduk.. Ada rasa gembira, bahagia dan terkejut..

 
"you guys do all this for me..?," Farah menyoal dengan penuh tanda tanya
"yup, we all do this for you Farah .. It all Miss Janet ideas and principals our campus .. They said you contributed a lot on this campus..," jawab seorang housemate Farah, Nadia seorang gadis yang berketurunan melayu-jepun dan memang cantik dipandang..
"to your knowledge, not a student of the same degree we are doing this surprise party but not a junior student majoring in with us even go because you want to repay you is willing to teach them for free..," Hafiz pula yang menyampuk setelah berdiam agak lama di sisi Farah sambil memerhatikan reaksi Farah yang seakan-akan tidak tahu hendak berkata apa-apa....

 
Air mata Farah mula mengalir namun pantas diseka olehnya.. Mengapa aku perlu menangis sedangkan semua orang sedang meraikan aku.. Farah mula berbicara dengan otaknya.. "thank you very much because you all remember my birthday and you all want to celebrate my birthday by holding a party this big .. thanks again ya .. especially for the college principal Prof. John and Miss Janet..," ucap Farah dengan lemah-lembut dan memberikan segaris senyuman yang sungguh manis buat semua teman-teman yang berada di situ termasuk Prof. John dan Miss Janet, pensyarah yang banyak berjasa kepadanya....

 
Farah dibawa ke tempat memotong kek dan dilihat kek tiga tingkat itu sungguh menyelera kan dengan hiasan coklat di atasnya membuatkan kecur air liur Farah.. Di atas kek itu tertulis 'HAPPY BIRTHDAY FARAH' dan nombor yang berbentuk '23' menandakan usianya yang sudah 23 tahun.. Sudah tua rupanya aku ni ya, tak lama lagi bolehlah aku kahwin sebab calon sudah ada tetapi tak tahulah aku dia mahu menerima atau tidak.. Farah sudah mula berkomunikasi dengan otaknya sambil memandang ke arah Hafiz sambil tersenyum sendiri..
"Hey Farah..awak tak nak potong kek ni ke..?? kalau awak tak nak biar saya aje yang potong kek ni, dari tadi asyik mengelamun aje lepas tu senyum sorang-sorang macam kerang busuk..," tegur Hafiz dengan matanya tertancap pada kek.. Farah hanya mencebik lalu dia merampas pisau pemotong kek dari tangan Hafiz.. Setelah meniup lilin, dengan pantas Farah memotong kek itu dengan rasmi dan tugasnya di ganti oleh housematenya Nadia.. Dia terus dibawa oleh Hafiz untuk duduk bersembang di meja yang disediakan khas untuk mereka..
Setelah Farah dan Hafiz melabuhkan punggung masing-masing di kerusi yang empuk itu, dengan pantas kilat pukulan Farah hinggap di bahu Hafiz.. "Adoi!!  Hey, sakitlah.. awak ni dah kenapa, sawan agaknya tiba-tiba pukul orang ni..ishh..," herdik Hafiz sambil tangan kirinya mengusap-usap bekas pukulan di bahunya.. "Sakit ke..??," soal Farah..  "Orang gila aje cakap sedap bila dipukul macam ni tau, mestilah sakit.. Awak nak rasa pukulan dari saya pula ke..?," jerkah Hafiz sambil tangannya sudah menghayun-hayun mahu membalas serangan..
"Sorrylah.. saya tak sengaja pukul awak kuat macam tu.. Sebenarnya saya happy sangat-sangat sebab ada kejutan macam ni khas ditujukan buat saya.."
"Kalau ye pun happy, janganlah pukul orang sesuka hati awak aje.. geram pula saya lihat awak ni.. Sabar ajelah ye..," balas Hafiz sambil mencebikkan bibirnya..

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 6.00 petang.. Semakin lama semakin kurang orang yang berada di dalam Oxford Hall  itu..  Prof. John sudah lama meninggalkan dewan tersebut kerana ada meeting dengan Oxford President katanya, begitu juga dengan Miss Janet.. Biasalah, orang yang sudah berumah tangga pasti banyak tanggungjawabnya.. Miss Janet pulang dengan terburu-buru memandangkan anaknya sedang demam di rumah..
Setelah parti selesai.. Farah keluar dari  Oxford Hall  bersama-sama dengan Hafiz dengan pelbagai macam hadiah yang di bawa.. Ada yang besar dan ada yang kecil, hatinya berbunga riang tidak sabar untuk membuka semua hadia ter sebut di rumah nanti.. Setelah memasukkan semua hadiah itu di dalam kereta kepunyaan Pak Cik Hafiz yang diberi pinjam selama Hafiz belajar di UK ini.. Jika dilihat pada raut wajah Hafiz ini memang tidak percaya kalau dia mempunyai darah kacukan Inggeris kerana wajahnya banyak mengikut ayahnya Uncle Hanafi  yang berdarah Melayu Tulen..

 
"awak nak teman saya ke suatu tempat tak..?," soal Hafiz tiba-tiba membuatkan Farah terkejut dan mengurut-urut dadanya.
"ermm.. Awak nak ke mana..?," tutur Farah dengan penuh tanda tanya..
"kalau awak mahu, ikut ajelah.. Nanti awak akan tahu juga," jawab Hafiz..
"okey klau macam tu saya ikut ajelah ke mana awak nak bawa saya ye..," kata-kata Farah sungguh membuatkan jantungnya sendiri berdegup kencang apatah lagi melihat senyuman manis di bibir Hafiz.

 
Sepanjang perjalanan itu, Farah asyik berkomunikasi dengan otaknya.. Ke mana dia hendak bawa aku pergi..? Kenapa aku rasa macam pelik aje dengan Hafiz ni.. Dari tadi asyik tengok aku macam ada sesuatu yang di rahsiakan.. Otak aku dah tak boleh nak fikir ni, rasanya macam dah kena brain cancer ni.. Kalau aku tanya mesti dia cakap 'awak jangan banyak tanya boleh tak..? soalan yang sama mesti keluar dari mulut dia..
"Dah sampai pun..," Lamunan Farah terhenti apabila Hafiz bersuara sampi kenderaannya di berhentikan di bahu jalan.. Farah terus tertinjau-tinjau ke sekeliling kawasan itu.. Dia lihat ada tasik yang cantik di situ, sesungguhnya sudah lima tahu dia di situ.. Tidak pernah pula dia sampai di tasik itu..
"Fiz, tempat apa ni..?," tiba-tiba Farah bersuara sambil menatap wajah Hafiz penuh pertanyaan..
Hafiz tidak mengendahkan soalan Farah lalu dia pun turun dan memanggil Farah " Farah, turunlah takkan awak nak duduk dalam kereta tu sampi esok pagi..,"
Farah hanya menurut saja, apabila dia mendekati Hafiz dia terpandang pada papan kenyataan yang tertulis 'Queens Park' .... "Cantiknya tempat ni, kenapa aku tak pernah sampi di sini..?," soal hati Farah lalu terus melabuhkan punggungnya pada bangku taman yang berwarna coklat dengan ukiran Modern English yang cukup menarik.. Farah duduk bersebelahan Hafiz yang sedari tadi hanya melihat air pancut di tasik hadapannya..
"Farah..," panggil Hafiz sambil menatap wajah Farah.
Farah menoleh ke arah Hafiz seraya berkata "Yup..Hafiz why, you have a problem?,"tanya farah dengan lemah-lembut
"Yes.. I do have a big problem that I want to accomplish before our graduation tomorrow before we go back to malaysia..," jawab Hafiz dengan wajah yang serius dan matanya menatap wajah Farah dan sesekali mata mereka bertemu.. Farah jadi tak senang duduk apabila diperhatikan begitu sekali..
"Hafiz.. Awak tak nak kongsi dengan saya..? Mana tahu saya boleh tolong awak," tanya Farah dengan penuh harapan dapat membantu kawan baiknya merangkap pujaan hatinya..
"Farah..," tutur Hafiz dengan penuh hati-hati sambil menggengam tangan Farah dengan kemas dan matanya tidak beralih daripada menatap wajah Farah dengan rambut yang lurus aras bahu dilepaskan dan sesekali di tiup angin lagi menampakkan kecantikan wajahnya..
Farah terus-terusan merenung mata Hafiz dan membiarkan saja tangannya digenggam erat oleh Hafiz, sekurang-kurangnya dengan genggaman itu Hafiz akan berasa lebih tenang..
"Kenapa Hafiz..? Cakaplah.. Saya akan manjadi pendengar yang setia buat awak..,"
"Farah.. Saya sebenarnya ada menyimpan perasaan terhadap seseorang.. Saya nak luahkan perasaa tu tapi....,"Kata-kata Hafiz terhenti di situ..

 
Hati Farah mula menggelodak.. Perasaan cemburu mula hadir dalam dirinya apabila mendengar luahan hati Hafiz yang dia ada menyimpan perasaan pada seseorang.. Siapa gadis itu? Kenapa Hafiz boleh mencintai orang lain dan bukan dirinya??  Pelbagai jenis soalan yang muncul di benak fikirannya.. Farah cuba mengawal emosi dan riak wajahnya yang kecewa terus berkata "tapi kenapa Hafiz??.. Siapa Gadis pilihan awak tu..??," soal Farah dengan nada yang sedikit kecewa....

 
Hafiz terus-terusan menatap mata Farah dengan pandangan yang redup saja " Gadis tu sungguh baik Farah, sudah lama saya kenal dia.. Saya memang nak meluahkan perasaan saya kepadanya tapi.. Saya takut dia akan menjauhi diri saya kerana kami terlalu rapat.. Tapi hari ni saya nak bercakap dengan gadis tu.. gadis tu adalah........," ayat Hafiz tergantung lagi.. Dada Farah sudah turun naik menahan rasa cemburu dan marah.. Dia memikir sejenak.. Siapalah gerangan gadis yang bertuah dapat memiliki Hafiz ini..? Farah sudah mengerutkan dahinya..

 
"Siapa Hafiz..?," desak Farah dengan suara yang tertahan-tahan antara dengar dengan tidak.
"Gadis itu ada di depan mata saya sekarang..," hanya itu yang dapat di ucapkan oleh Hafiz.
Farah seperti orang kebingungan.. Depan dia..? Siapa..? Aku ke..? Apabila menyedari orang yang di maksudkan itu adalah dirinya.. Wajah Farah sudah berser-seri..
"Maksud awak saya..?," soal Farah ingin kepastian..
"Yes, awak Farah.. Awaklah gadis itu.. Awaklah gadis yang telah membuat saya menjadi tidak waras kerana mencintai awak.. Awaklah gadis tu Farah.. Farah binti Helmi..," Hafiz menuturkan segala isi hatinya kepada Farah. Jantungnya makin laju berdegup seolah-olah bru lepas membuat larian 800M..
"Hafiz..," panggil Farah dengan lembut sambil membalas genggaman tangan Hafiz dan tersenyum.. "Sebenarnya, saya pun dah lama menyimpan perasaan saya pada awak.. Saya tak berani untuk mengungkapkan isi hati saya pada awak atas alasan yang sama awak berikan pada saya tadi.. Saya takut awak akan menjauh dari saya..," Mata Farah sudah berkaca..
Hafiz terkedu mendengar luahan hati Farah lantas bersuara "sejak bila awak mencintai saya..?,"
"Sejak mula-mula saya belajar di sini.. Ingatkan tak waktu kita mula-mula jumpa untuk menyiapkan assingment kumpulan yang diberi oleh Miss Janet..?," ucap Farah.
"Lima tahun yang lalukan..?," soal Hafiz dengan perasaan yang terharu.. Farah hanya mengaggukkan kepalanya menandakan betul tekaan Hafiz.
"Farah.. Kenapa awak tak pernah nak beritahu saya semua tu..? Terlalu lama awak menyimpan perasaan awak pada saya.. Seolah-olah awak telah menyeksa diri awak sendiri..," kata-kata Hafiz membuatkan mata Farah yang berkaca tadi terus deras mengalir. Hafiz terus menarik tubuh Farah lalu dibawa ke dalam pelukkan. 

 
"Saya tak sanggup nak beritahu awak, saya takut kehilangan awak bila awak tahu perasaan saya yang sebenar terhadap diri awak.. Sebab tu saya sentiasa ingin bersama-sama awak setipa masa sebab saya tak nak awak jauh dari saya..," Farah mengeluarkan isi hatinya sambil membalas pelukan Hafiz yang semakin di eratkan dengan suara yang teresak-esak..
Hafiz merenggangkan pelukannya lantas mencuit dagu Farah dan dihadapkan ke wajahnya. "Farah, mulai hari ni awak tak perlu menyembunyikan isi hati awak lagi.. Semuanya sudah terbukti kalau kita saling mencintai dan menyayangi.. Dengan rendah diri saya ingin bertanya pada awak.. Sudikah awak untuk menjadi pelengkap hidup saya..?," Kata-kata Hafiz membuatkan air mata Farah mengalir tanpa henti walaupun telah diseka beberapa kali..
Farah menggenggam tangan Hafiz dan menatap wajah Hafiz yang penuh dengan pengharap itu terus menjawab dengan lembut "Hafiz.. inilah saat yang saya tunggu selama lima tahun ini.. Saya terima awak dengan sepenuh hati saya.. Saya janji saya takkan melukakan hati awak..,"

 
"Thanxs Farah.. Saya pun janji akan menjaga dan menyayangi awak seperti mana saya menyayangi diri saya sendiri.. I LOVE YOU FARAH..," Kata-kata Hafiz yang terakhir itu membuatkan jantung Farah tidak henti berdegup..

Farah menutup pintu rumah kondo yang di diaminya sejak lima tahun yang lalu dengan perasaan yang sangat bahagia.. Terus dia meluru ke biliknya dan menletakkan hadiah yang dia dapat sewaktu parti hari lahirnya tadi di punjuru bilik terus merebahkan diri di atas tilam yang empuk yang beralaskan cadar berwarna merah hati dengan corak hati yang cantik.. Fikirannya menerawang mengingat kembali kejadian yang indah sebentar tadi bersama Hafiz. Dia tidak menyangka perasaan sayang dan cinta yang disimpan selama lima tahun terhadap Hafiz di balas dengan perasaan yang serupa padanya.. 

 
Farah terus bangun dan mencapai tuala di tepi katil terus meluru ke tandas untuk membersihkan dirinya.... Selepas solat Isyak, Farah duduk kembali di atas katil sambil memeluk anak patung kesayangannya dan mula membelek-belek hadiah yang dia dapat tadi.. Farah terpandang pada hadiah yang tertulis  'from Hafiz Hanafi' pada salah-satu hadiah yang diterimanya.. Terus dia mencapai hadiah itu.. Bungkusan yang berwarna putih bercorakkan tulisan Happy Birthday berwarna hitam dan berkilat menampakkan hadiah itu lebih menarik walaupun kecil.. Pada hadiah itu ada satu kad tetapi Farah buat tidak tahu saja dengan kad itu.. Dia lebih mementingkan isi di dalam kad itu..
Farah membuka dengan penuh hati-hati bungkusan hadiah itu.. Sebuah kotak kecil yang berwarna biru diikat reben putih di atasnya. Farah membuka kotak kecil itu. terperanjat dibuatnya apabila melihat sebentuk cincin berwarna silver dan batu permata yang tersusun rapi di atasnya. Farah mengambil cincin itu dan membelek-belek cincin itu dan terlihat ada ukiran 'HAFIZ' di tepi cincin itu.. Lantas Farah membaca kad yang tidak diendahkan tadi....

 

Salam Farah..
Saya harap awak akan menerima cincin pemberian saya ini, jika awak sudah menerima cinta saya.. Sarungkanlah cincin yang berukir nama saya ini di jari manis awak sebagai tanda awak adalah milik saya sepenuhnya.. Saya sayang awak, terlalu sayang..  Saya harap awak akan memakai cincin ini pada hari graduasi kita esok..

 
Hafiz.. =)

 

Tanpa berfikir panjang.. Farah terus menyarungkan cincin itu di jari manis kirinya.. Dia mencium cincin itu berkali-kali dan terus merebahkan dirinya di atas tilam empuk miliknya. Tanpa dia sedar, dia sudah di buai mimpi yang indah.

Keesokkan harinya, Farah bangun awal kerana hari ni adalah hari yang bersejarah buat dirinya. Hari ini adalah hari Graduasi di mana dia akan mendapat ijazah yang sangat dia perlukan setelah lima tahun belajar di negeri orang.. Dia terus meluru ke tandas dan membersihkan dirinya, selepas itu bersiap-siap dan mengenakan sedikit solekan di wajahnya yang putih mulus itu dan sedikit gincu berwarna pink lembut berjenama Maybelline, menampakkan lagi kecantikan wajahnya.
Farah keluar rumah dengan senyuman yang tidak lekang di bibir apabila melihat kereta milik Hafiz sudah terletak cantik di hadapan matanya.. Dia terus mengetuk pintu kereta Hafiz dan menaiki kereta itu dengan senyuman yang manis di lemparkan kepada Hafiz. Buat pertama kalinya dia menaiki kereta Hafiz sebagai teman wanita Hafiz dan bukan lagi sebagai kawan baik Hafiz.. Hafiz terpandangkan cincin yang diberikan olehnya di jari manis Farah. Dia tersenyum dan berkata "Thanxs a lot sayang..,"

 
Wajah Farah sudah berubah merah apabila dirinya dipanggil sayang namun Farah hanya tersenyum memandang wajah Hafiz sambil mengagguk kerana tidak ada upaya mahu bercakap sebab terlalu gembira.. Kereta Hafiz sudah bergerak keluar dari kawasan kondo milik Farah dan membahagi jalan terus ke University of Oxford..
Setibanya di kampus, Farah turun dari kereta dan terus berjalan di sisi Hafiz dangan perasaan yang tidak boleh di ungkapkan kerana terlalu gembira dan tidak sabar menanti apa yang akan terjadi pada Konvokensyen itu nanti.. Farah berjalan di sisi Hafiz dan mengikut rentak Hafiz, tanpa Farah sedar.. Tangannya sudah digenggam kemas oleh Hafiz. 

Farah melihat wajah Hafiz dan mata mereka bertemu, masing-masing hanya tersenyum lantas Hafiz bersuara "sayang tak kisahkan kalau abang pegang tangan sayang..? tutur Hafiz dengan senyuman yang manis.
Badan Farah seperti mahu rebah apabila mendegar Hafiz membahasakan diri mereka sayang-abang.. Farah mengerutkan dahinya.. "Abang..?,"soal Farah..

 
"Farah tak selesa dengan panggilan itu ke..?,"
"Bukan Farah tak selesa.. cuma terperanjat aje..," ucap Farah dengan gelak kecil..
"Abang..kita kena masuk Oxford Hall kan sekarang untuk ganti baju dan mengetahui keputusan kita.. Kita perlu ada di honour ke berapa sebelum gradute mula..," Farah mengingati Hafiz yang seakan-akan hayal seketika..

 
Hafiz mengagguk-angguk mengiakan kata-kata Farah.. Lantas bersuara dan menarik tangan Farah ke Oxford Hall kerana mereka takut kalau lewat.. "Jom sayang..,"
Setelah berada di dalam Oxford Hall.... Semua pelajar yang mengikuti majlis graduasi itu diberi jubah graduasi dan diminta untuk menukar pakaian itu sekarang.. Selepas semua bakal graduan itu menukar baju mereka duduk kembali dan mendengar sedikit taklimat dan pembahagian honour. Farah dan Hafiz gembira sekali kerana mereka berada di first honour.. Siapa yang tak bangga bila mendapat kehormatan pertama..
Semua bakal graduan sudah duduk di tempat yang di sediakan.. Para tetamu yang dijemput juga sudah ramai yang hadir. Majlis Graduasi akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.. Majlis Graduasi dimulakan tepat jam 9.00pagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis.. Seterusnya ucapan dari campus principals, siapa lagi kalau bukan Prof. John.. Selepas majlis itu dirasmikan oleh Prof. John, masing-masing sudah bersedia untuk menaiki pentas untuk menerima segulung ijazah yang sudah lama dinantikan.. Satu-persatu nama graduan disebut dari first honour  sehinggalah satu nama yang dia nantikan "Farah binti Helmi students from Malaysia" ucap pengacara majlis dengan, Hafiz yang ada di sebelah Farah tersenyum dan mencium tangan sambil melihat wajah buah hatinya.. Farah lantas membalas senyuman dan bangun dari kerusi pantas menuju ke pentas.. Setelah bersalaman dengan Prof. John, Farah turun dengan bangga membawa segulung ijazah dan duduk kembali di tembat asalnya.. Setelah Majlis penyampaian sijil tamat.. Semua graduan diminta untuk ke luar dewan untuk acara graduasi yang terakhir iaitu melemparkan topi graduasi..
Apabila Prof. John membilang.. one, two, and three.. Semua graduan menanggalkan topi graduasi masing-masing dan melemparkan ke langit, tidak ketinggalan juga Farah dan Hafiz.. Kelihatan wajah mereka berseri-seri dan riak rupa yang sungguh gembira.. Setelah melemparkan topi graduasi, masing-masing menepuk tangan..

Setelah selesai makan di Oxford Canteen.. Farah dan Hafiz jalan beriringan menuju ke taman lalu duduk di bangku yang di sediakan.. Hafiz menatap wajah Farah dengan perasaan kasih, begitu juga dengan Farah.. Hafiz menarik tangan Farah ke dalam dakapannya.. Dengan suasana keliling yang sungguh romantik, Hafiz mencium dahi Farah dengan perasaan kasih yang melimpah ruah.. Farah tidak membanyak kata, sebaliknya dia hanya memejamkan mata sambil merasai kasih Hafiz sewaktu Hafiz mencium dahinya..

 
Hafiz merenung mata Farah.."Sayang, terima kasih sangat-sangat kerana mahu menerima cinta abang..," dengan senyuman yang tak lekang dari bibir Hafiz.
"Farah pun tak sangka orang yang Farah sayang kini betul-betul jadi milik Farah.. Farah memang tak sangka kerana Farah menunggu begitu lama..," ucap Farah dengan mata yang bersinar-sinar..
"Farah.. Abang sayang Farah.. Abang cintakan Farah sungguh abang tak tipu sayang..,"
"Farah tahu abang.. Kita janji ye.. Kita akan menerima keadaan pasangan seikhlas hati dan takkan pernah curang.. Janji ye..," Farah menutur dengan lembut dan manis sekali senyumannya.
"Abang janji sayang..," janji Hafiz sambil mengusap-usap lembut pipi Farah..

 
Hafiz memeluk bahu Farah. Farah melentukkan kepalanya pada bahu Hafiz dan usap lembut tangan Hafiz.. Masing-masing memandang ke arah air pancut di kolam hadapan mereka.. "I LOVE YOU FARAH..," bisik Hafiz di telinga Farah sambil mencium rambut Farah.. Farah mengagkatkan wajahnya menatap Hafiz lantas mungucapkan "I LOVE YOU TOO SAYANG..," Hafiz memeluk Farah dengan erat.. Mereka telah berjanji untuk sehidup semati..
Bahagialah anda berdua.. Semoga hubungan yang kamu bina ini akan kekal sehingga mendirikan rumah tangga kelak dan sehingga mereka melahirkan anak yang soleh dan solehah sehingga ke akhir hayat mereka.. Amin.. 

~SELESAI~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...