Pages

Sunday, November 7, 2010

Manusia Dan Lapisan Ozon

Marcapada ini, kita sering kali didedahkan dengan berita tentang penipisan lapisan ozon. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa apa yang diberitakan itu mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kesihatan segala kehidupan di muka bumi ini. Sekiranya kewujudan lapisan ozon dipandang enteng dan di abaikan, nescaya populasi hidupan di bumi merudum ke paras yang amat membimbangkan.
            Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Lapisan ozon merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul (O3) dihasilkan apabila carbon dioksida (O2) menyerap sinaran UV pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada290 nm. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon terbentuk secara semula jadi di lapisan ozon. Secara semula jadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera  bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.
            Lapisan ozon wujud di antara lapisan Stratosfera  dan Mesosfera  dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Di sini ozon menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Cara standard mengukur jumlah ozon di atmosfera ialah dengan menggunakan unit Dobson. Ozon digunakan dalam perkilangan diukur dengan ppm (parts per million - bahagian per sejuta) (sebagai contoh dedahan OSHA), dan peratus berat. Ozon berfungsi untuk menyerap 90% sinaran UV. Ozon juga diketahui berupaya menyerap radiasi UV-B. Selain itu, ozon juga merupakan penyerap utama sinaran UV antara 200 nm dan 330 nm.
            Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.
Lapisan ozon boleh terhakis disebabkan oleh klorofluorokarbon (CFC). Selain itu, kerosakan lapisan ozon juga dipercayai disebabkan oleh gas buatan manusia, iaitu hidrokarbon di halogenate yang sangat setabil dan boleh sampai pada lapisan ozon. Hidrokarbon di halogenate akan menguraikan molekul ozon dan menghasilkan klorin. Ancaman yang diketahui terhadap ketidakseimbangan ozon adalah kehadiran gas kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. CFC digunakan oleh masyarakat moden dengan pelbagai cara, sama ada dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik. Selain penggunaan produk berasakan CFC, penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian dan pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen oksida serta pembalakan yang beterusan menyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara juga antara punca penghakisan lapisan ozon.
Kebimbangan kepekaan manusia terhadap lapisan ozon mula dirasai apabila penemuan lubang ozon di Antartika  disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan 'lubang' tersebut berlaku setiap bulan September  dan pulih ke keadaan normal pada lewat musim bunga atau awal musim panas. Dalam bulan Oktober 1987, 1989, 1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah diperhati bagi seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartika.
Terdapat dua sebab utama bagi 'lubang' – peningkatan CFC dikesan di atmosfera, dan keunikan persekitaran kaji cuaca pada musim sejuk seluruh Antartika. Antara altitud tertentu di Antartika, suhu stratosfera yang sejuk membenarkan kristal ais terbentuk. Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari CFC semasa kegelapan kutub sejuk. Molekul klorin ini bertindak balas dengan O3 (Ozon) dengan itu menguraikan Ozon dan menipiskan lapisan Ozon. Apabila sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh Antartika, bilangan molekul-molekul klorin ini akan berkurangan akibat tindakan ultra-lembayung (UV) kerana pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.
Lapisan ozon memberi kesan negatif kepada manusia dan seluruh kehidupan di muka bumi ini sekiranya tiada langkah-langkah penjagaan drastik yang diambil. Antara kesan-kesan yang akan dialami ialah gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit, mudah demam, katarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas. Seterusnya menjejaskan bekalan air kepada penduduk kerana cuaca panas melampau serta kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan terjejas teruk lantas menyebabkan bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas. Penyebaran penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut amat cepat disebarkan. Penipisan lapisan ozon turut menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu panas yang mengurangkan bilangan penduduk untuk aktiviti luar rumah. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.
Penghakisan dan penipisan lapisan ozon dapat dicegah dan diatasi sekiranya semua pihak sedar dan buka mata kepentingan lapisan ozon dan mengambil langkah yang sewajarnya. Antara langkah-langkah pencegahan penipisan lapisan ozon ialah penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, mendenda, mengkompaun, serta menarik lesen ke atas penyumbang masalah serta punca penipisan lapisan ozon. Selain itu, kepada pengusaha-pengusaha projek pembangunan perlu menghantar laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS. Dalam pada itu, pengurusan sumber secara terancang dan strategik perlu diambil kira seperti pengunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti janaan elektrik menggunakan empangan hidroelektrik, menggunakan tenaga solar yang semestinya tiada pelepasan gas klorin ke ruang udara.
            Negara-negara kuasa nuklear seperti Amerika Syarikat, Iran, dan Korea Utara sepatutnya menggunakan kemudahan nuklear untuk digunakan sebagai sumber tenaga elektrik. Bukannya sebagai salah satu daripada senjata pemusnah. Oleh yang demikian, negara-negara nuklear perlu menghentikan ujian senjata nuklear bagi mengelakkan pembebasan klorin ke ruang udara.
            Pembakaran terbuka perlu dielakkan sebaliknya menanam sisa-sisa organik ke dalam tanah untuk dijadikan baja organik serta menghantar ke pusat kitar semula untuk bahan yang berbahaya kepada alam. Selain menggunakan baja organik, para petani digalakkan menggunakan baja organik dalam pertanian yang diceburi. Dalam pada itu juga, sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, dan teknik kawalan biologi. Di samping itu, penghutanan semula dan perladangan hutan perlu dilakukan untuk menghijaukan kembali hutan yang telah dijadikan kawasan pembalakan.
Melalui pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah mengadakan kempen, forum dan seminar kepentingan menjaga alam sekitar kepada anak-anak. Hal ini bertepatan dengan kata pepatah, “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”. Pendidikan melalui subjek di sekolah juga sesuai iaitu melalui subjek Biologi serta subjek Kimia dan juga subjek Pendidikan Sivik.
Usaha komitmen dan usaha peringkat nasional diperlukan iaitu pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti CFC dan bahan bakar, mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan mengambil tindakan dan peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon iaitu menggalakkan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon, tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat serta memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.
Tuntasnya, semua pihak harus bersatu padu dan komited dalam usaha mengurangkan penipisan lapisan ozon agar lapisan ozon masih lagi dapat bertahan untuk satu tempoh masa yang lama lagi juga untuk generasi akan datang. Bak kata pepatah, “bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat”. Jangan bersikap “hangat-hangat tahi ayam” kerana sikap sebegitu mempercepatkan lagi proses kemusnahan bumi yang dicintai ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...