Pages

Monday, November 29, 2010

Petua Memujuk Kekasih Apabila Merajuk..

Apabila bercinta ,setiap yang dilakukan menjadi satu perkara yang cukup indah.Malah apa kekurangan pada Si dia dapat ditutup dengan manisnya sebuah cinta.Tetapi bagaimana pula di satu peringkat orang yang kita sayangi merajuk bermuram durjana?Apakah pengubatnya,1.Pertama kali kenal pasti punca yang mencetus pada permasalahan itu.

 
2.Jangan cuba bertindak terburu-buru untuk memujuk tetapi ambilkan sedikit masa untuk meredakan keadaan.

 
3.Biarkan si dia utk seketika supaya mengembalikan perasaan rindu dan sayang.

 
4.Hubungi dulu dari talian dengan mengucapkan perasaan rindu anda padanya ...dan jangan sesekali menyentuh hal yang lepas.

 
5.Gunakan kesempatan ini dengan cuba lebih memahami sikap si dia.Tunjukkan anda masih memerlukan si dia.

 
6.Dalam apa jua masalah yang dihadapi, anggap saja semuanya bermula dari anda dan ini dapat mengurangkan ketegangannya.

 
7.Ucapkanlah perkataan "saya minta maaf " berulang kali tetapi jangan terlalu mendesak menjadikan si dia menjadi kurang senang.

 
8.Tunjukkan wajah yang manis,senyum dan romantik agar si dia tidak sampai hati membiarkan anda menjadi resah tidak menentu.

 
9.Bawa si dia ke tempat yang menarik,kembalikan nostalgia silam dan hangatkan kembali perhubungan itu.

 
10.Jika masih tidak berkesan........jawapannya cuma satu. Dia jadikan alasan merajuk kerana  dia sudah tidak mahu bersama anda lagi. AWAS!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...