Pages

Sunday, November 21, 2010

Tanda Anda Sudah Jatuh Cinta


Apakah tanda-tanda anda sudah jatuh cinta dengan seseorang? Ada yang sudah jatuh cinta pandang pertama, tidak kurang pula yang mengambil masa menerusi love and hate relationship. Tetapi jika anda mempunyai perasaan berikut, memang sah anda sudah jatuh cinta.
  1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
  2. Anda akan sentiasa merindui dia.
  3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. Jika di dalam kereta anda akan memandu pada kelajuan 60km/j dan suka stuck di dalam kesesakan trafik berbanding dengan sebelum ini iaitu selaju 140 km/j.
  4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
  5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
  6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
  7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
  8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
  9. Dia sentiasa di fikiran anda.
  10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
  11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
  12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
  13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda


Fall In Love..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...