Pages

Tuesday, December 7, 2010

Luahan Hati....

Dirimu kelihatan lemah apabila sidia meninggalkan mu
Diriku cuba untuk membimbing dirimu
Hingga suatu saat hati ku kau rebut
Sehingga kini aku telah menjadi milikmu

Hari-hari kita sungguh indah bersama
Tetapi dirimu seolah-olah tak dapat melupakan sidia
Sidia sering di dalam kotak fikiranmu
Tingkah laku sidia sering kau puji dan membandingkan denganku

Aku hanya sunyi di penjuru hatimu
Tempat ku di mana di hatimu..?
Sidia cukup sempurna di mata dan hatimu
Hingga tiada lagi ruang untuk ku

Cemburu..? Ya aku cemburu
Kecewa..? Ya aku kecewa
Sakit hati..? Ya aku sakit hati
Semuanya bercampur menjadi satu

Bila aku akan dapat semua hatimu..?
Mungkinkah apabila ku mengikuti jejak sidia
Pergi bertemu illahi..?
Baru kau akan memberikan semua hatimu..?

Tapi jika itu yang terjadi
Semuanya sudah terlambat
Kerana aku sudah tiada pada waktu itu
Simpanlah hatimu itu untuk wanita lain.. =)

1 comment:

  1. jika si dia tidak dapat melupakan kekasih lama,
    bersabar lah kerana,
    jika si dia untuk mu,
    pasti akan ada waktu untuk kamu menerima cinta nya.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...