Sunday, January 30, 2011

Nukilan cerpen 'Kau Tercipta untuk Ku ! !'

ku hirup udara segar di tepi tingkap hostel....udara malam di Oxford, United Kingdom sungguh menyamankan..dengan angin tiup sepoi-sepoi dan membelai manja rambut ku.. Mata ku terpana pada bintang-bintang di langit yang indah dan berkelip-kelip dengan cahaya yang malap....sama juga dengan hati ku ini yang kelihatan ceria tetapi sebenarnya hatiku juga malap....tiba-tiba, kenangan lama mula menghantui.. Melayanglah diri ku dengan kenangan 4 tahun yang lepas sewaktu aku berusia 17 tahun..

******************************************************************************

Dari pagi dan sehingga pulang dari sekolah....tiada sebarang mesej dari Aimran.. Hati mulai risau akan terjadi sesuatu pada dia.. tiba-tiba.. ada mesej masuk dan dari Aimran.. sungguh lega hati ini tidak terkata....tapi agak aneh kerana dia mahu jumpa aku secara mengejut..tanpa berfikir panjang, terus aku bersiap-siap dan pergi berjumpanya di taman.
dari jauh aku sudah kelihatan kelibatnya yang sedang berdiridan pada wajah nya nampak serius..perlahan-lahan ku meneruskan langkah mendekati Aimran..

"hey sayang...lama ke tunggu Alea??" soal Alea dengan manja
"tak la lama sangat....Aimran baru sampai juga ni" acuh tak acuh saja Aimran membalas
"erm..ada apa Aimran nak jumpa Lea ni?? Muka pun nampak ketat jep"
"Alea..sebenarnya Aimran.." kata-kata Aimran mati sebentar.
"Kenapa ni?? Aimran ada masalah ke??"
"ok..Alea....Aimran nak minta maaf dulu ye.. Kita dah hampir 2 tahun berkasih tp hari ni dan detik ini...Aimran tak dapat untuk terus kan kasih yang kita bina ni.."
"maksud Aimran..?" Muka Alea sudah berubah panik..
"Maksud Aimran, kita putus.." kata-kata Aimran sungguh ringkas tetapi cukup membuatkan hati Alea hancur berkecai bagai kaca-kaca yang terhempas ke lantai..
"tapi kenapa? apa Alea dah buat sampai Aimran nak tinggalkan Lea??" suara Alea sudah kedengaran tersedu-sedu..
"Alea tak salah apa-apa tapi hati Aimran bukan milik Lea lagi..hati Aimran sudah di miliki oleh seorang wanita yang boleh menjaganya dengan lebih baik dan lebih sempurna sifatnya.." balas Aimran tanpa memikirkan perasaan wanita ini.. "tapi Alea tak nak Aimran pergi dari hidup Lea...tolonglah Aimran..Alea tak nak kita berpisah.." rayu Alea.
"Maaf Lea..Aimran tak boleh ubah pendirian Iamran lagi kerana Aimran sudah mencintai dia lebih dari Alea..maaf.." ucap Aimran lantas pergi dari situ dengan wajah yang penuh kejam tanpa sebarang ihsan terhadap Alea.

Alea terduduk di taman itu dengan airmata yang tak henti-henti.. Kata-kata Aimran sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga nya.. Tidak sangka, kasih yang dibina dengan penuh kesabaran dan di belai elok itu hancur di tengah jalan.
Tiba-tiba kenangan lama itu terbang di bawa angin lalu apabila telefon bimbit Alea berdering. Pantas Alea menekan butang 'answer' lalu menekapkan telefon bimbitnya itu di telinganya.
Selesai berbual di panggilan telefon, Alea mematikan talian lantas duduk sebentar di atas katil..

"erm..persembahan violin lagi seminggu untuk peragaan pakaian baru dari Madam Maria. Kena la aku berlatih ni..kalau tak, sia-sia aje aku di gelar pemain violin antarabangsa" Alea membuat kesimpulan sendiri lalu mengambil violin miliknya yang terletak di dalam beg khas violin di tepi katil..


"Tak sangka aku boleh jadi terkenal dengan hanya jada pemain violin. Bukan aje di Oxford ini malah satu dunia kenal aku..semua ni kerana Aimran. Jika aku tak kenal dengan dia, jika dia  tidak meninggalkan aku, jika aku tidak merindui dia dan aku tidak bermain violin ini di taman dan di khalayak ramai setahun yang lepas..pasti nasib aku masih sama..ARGHH ! ! lupa kan kenangan lama " bantah hati Alea..
Alea membawa violin miliknya ke beranda hostel yang di diaminya setinggi empat tingkat..lagi sekali angin malam ni bandar Oxford membelai lembut manja rambutnya..Alea sudah bersedia untuk menggesek violinnya itu. Lagu yang dipilih adalah 'Ave Maria'. Lagu yang penuh dengan kenangan.. Alea menggesek violin itu dengan lemah lembut..alunan bunyi dari violin itu sungguh merdu bersama-sama angin malam itu seolah-olah menyatakan yang dia sedang merindui seseorang bersama hati yang terluka.. Semakin asyik dia menggesek violin itu....Sekali lagi dirinya terbang dengan alunan bunyi violin itu dan angin malam, menyelinap kembali kenangan lalu itu..

Seperti biasa Alea ke sekolah tetapi hari ni dan hari-hari seterusnya merupakan hari yang sangat menyakitkan kerana dia kini sudah bersendirian..tanpa insan yang dia cintai iaitu Aimran.. Lagi sebulan aku nak SPM.. Aku langsung tak dapat nak fokus.. Alea melihat rakan-rakannya sangat bersungguh-sungguh sewaktu belajar sedang kan dia?? Pemikiran aku tak tenteram..tiba-tiba matanya telihat pada susuk tubuh seorang gadis yang manis..
"Farisha..yes!.. mungkin aku boleh mengutus surat kepada Aimran melauinya.." fikir Alea dengan semangat..
Farisha..merupakan adik kepada Aimran tetapi dia langsung tak tahu yang abangnya itu sudah berputus kasih dengan Alea.."Sha..nanti bagi surat ni kat abang kau tau.."ucap Alea dengan wajah yang manis sambil menghulurkan surat itu pada Farisha..
"okey..nanti aku bagi kat dia.." balas Farisha dengan senyuman terus menerima surat dari Alea dan di simpan dalam begnya..

******************************************************************************

Pulang dari sekolah..Alea tidak terus pulang ke rumah kerana dia pergi ke perpustakaan awam untuk mencari buku rujukan..maklumlah, SPM dah tak lama lagi. Walaupun hatinya penuh dengan kelukaan tapi dia harus memikirkan masa depannya juga..
Hampir dua jam dia di perpustakaan..Selepas itu Alea terus pulang ke rumah dan tersenyum apabila melihat ada mesej masuk..
"Dari Aimran??" Alea terperanjat dan terus dia membuka mesej tersebut..sekali lagi Alea terperanjat membaca isi kandungan mesej tersebut..kesedihan dan kesakitan hatinya mula menyelubungi kembali..

From : Aimran My Love
Alea..tolong jangan ganggu saya lagi. Tak jelas ke dengan penerangan saya semalam? Kita dah tak ada apa-apa lagi hubungan. Kita dah putus ! ! Tolong hentikan segala pujuk rayu awak tu sebab semua itu tak bawa ke mana. Hati saya dah dikunci oleh dia dan bukan awak lagi ! ! Sekali lagi saya nak tegas kan kat sini.. Kita dah putus ! hubungan kita sebagai kekasih dah tak wujud lagi..saya anggap awak sebagai kawan biasa aje dan mungkin saya tak kan pernah anggap awak sebagai kawan saya lagi malahan mungkin saya akan anggap yang saya tak pernah kenal awak.. Tolong jangan ganggu saya lagi sebab saya nak jaga hubungan saya dengan kekasih saya yang baru..Harap awak faham.. SELAMAT TINGGAL..


"Ya Allah! Apa salah aku..Kenapa kau hukum aku sebegini rupa? Kenapa Aimran sanggup buat aku macam ni! Ya Allah! apa semua ini?" teriak Alea dalam keadaan sedu sedan bersama tangisan yang tak putus-putus..

******************************************************************************

Hari ni hari peperangan aku..yup! aku akan buktikan yang aku akan buat yang terbaik dalam SPM ni.. Kenangan yang sangat perit itu tetap aku simpan sebagai kenangan dan pembakar semangat..
Alea sudah tidak memikirkan benda lain. Dalam kotak fikirannya hanya belajar dan belajar selepas menerima mesej dari Aimran yang sebegitu rupa sebulan yang lepas.. Alea masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh semangat. Sebelum tu, sempat juga dia mengucapkan 'GOOD LUCK' kepada kawan-kawan dia yang lain.."Demi Allah, demi bangsa aku, demi keluarga aku dan demi negara..Aku akan buat yang terbaik untuk SPM kejap lagi ni..hehe" sumpah Alea dalam hatinya..

******************************************************************************
Dia kini berada di alam realiti..Dia akan berasa puas selepas bermain violin. Terutamanya lagu 'Ave Maria'..Dia menyimpan kembali violin itu di tempat asal.. Tingkap biliknya ditutup rapat. Alea membaringkan dirinya di atas katil dan pandangannya tertumpu ke arah siling biliknya.. Alea mengimbau kembali kenangan sewaktu result SPM nya keluar.. Kenangan yang sangat manis dan indah bagi dirinya, keluarga dan sekolah..
"9A+..?betul ke tidak ni?? result aku ke ni??" pelbagai persoalan yang tersangkut di fikirannya.."WoOhhHoOOoo!! Alhamdulillah!!" tiba-tiba saja Alea menjerit keriangan melihat result SPM miliknya.. rakan-rakan dan guru-gurunya juga tersenyum dan megucapkan tahniah
untuknya ..
Tiba-tiba..muncul seorang lelaki yang sangat di kenalinya.."Aimran!" ucap Alea dengan nada yang terperanjat dan sedikit meninggi..
Semua mata terarah pada Aimran bersama Farisha..adiknya.. Alea makin kaku apabila Aimran semakin menghampiri dirinya dengan wajah yang serius.. Tiba-tiba badannya seperti mahu rebah dan kenangan sebulan yang lepas masih kuat di fikirannya ketika Aimran memutuskan hubungan mereka..
"tahniah Alea.." ucap Aimran..
"thanxs.." ringkas ucapan Alea antara dengar dengan tidak..Alea menatap wajah Aimran, dia sedang melepaskan rindu pada wajah itu.."Lea balik dulu lah.."Alea mengeluarkan kata-kata itu dengan nada yang sayu dan naluri wanitanya sudah terusik.. sebelum terjadi apa-apa, baik dia pulang..
Setelah dia mengucapkan selamat tinggal pada guru-guru dan rakan-rakannya.. Dia berbual sebentar dengan Farisha " Sha..tahniah tau.. 7A's..nice..hehe.. Mungkin lepas ni aku akan pergi jauh dari sini..kalau nak buat reunion nanti..contact la aku.." kata-kata Alea hanya di anggukkan oleh Farisha..
"kau nak pergi mana Lea??"
"aku nak pergi sambung belajar la.. jauh tau" Alea berkata dengan penuh semangat..
"kat mana??"
"University of Oxford" balas Alea dengan bangga.
"wow! dapat juga kau nak pergi sana kan..macam mana kau dapat ni?? aku tak mohon mana-mana lagi pun tau.."
"aku guna result trial SPM la hari tu..minggu depan aku berlepas la..erm.. ok la Sha.. Aku balik dulu la.. ada apa-apa nanti, bagi tahu aku tau.. salam..oh ye..jangan bagi tahu abang kau tau..rahsia kita berdua aje" selesai memberi salam dan amaran, Alea berlalu dari situ.
"ok..aku tak bagi tahu orang lain..w'salam" jawab Farisha.

Setelah Alea membuat persembahan dengan violinnya..dia duduk di meja VIP bersama Madam Maria.."What about your studies at the University Of Oxford, Alea?" sapa Madam Maria..
"everything was okeyh Madam"
"What do you take direction?"
"majoring in biomedical science such as doctor"
"wow..I was sitting with a prospective physician and also a great violinist" kata-kata Madam Maria kebanyakannya memuji..Alea hanya tersenyum mendengar kata-kata Madam Maria..
Setelah meminta izin untuk pulang dari Madam Maria..Alea melangkah keluar dari dewan peragaan pakaian milik Madam Maria dan terus pulang menaiki teksi ke hostel miliknya.. Setiba di hostel..Alea membersihkan dirinya lalu merehatkan urat-uratnya yang keletihan di atas katil..

"penatnya..tapi ok la..duit pun masuk..hehe" Alea membuat kesimpulan sendiri.. Kerana terlalu letih..Tanpa dia sedar, dia sudah dibuai mimpi yang indah..
Semakin hari..Alea seperti sudah boleh melupakan kenangan pahitnya itu..dia pergi ke kolej dengan wajah yang segar walaupun hatinya masih terasa sakit dengan kenangan lama.. Di lobi kolej..Alea melihat tarikh keputusan akan dikeluarkan....pejam celik, pejam celik..sudah empat tahun dia di Oxford..hasratnya untuk ke situ sudah tercapai dan kini hasrat yang seterusnya adalah
memiliki segulung Ijazah dalam bidang kedoktoran dan menjadi seorang doktor..

Hari yang ditunggu sudah sampai..hari paling mendebarkan..resultnya akan keluar hari ini. Dia bersiap-siap untuk pergi ke kolej..  Setelah mendapat resultnya.."Alhamdulillah, First Honour..aku berjaya! !" ucap Alea dengan penuh rasa kesyukuran..
Tiba-tiba badannya melayang..rohnya seperti keluar dari badan..kepalanya sakit yang teramat. Matanya sudah gelap dan dia tidak nampak apa-apa. Matanya tidak dapat dibuka kerana jika di buka, kepalanya makin sakit. Dia hanya mendengar suara orang di sekelilingnya yang kelihatan amat merisau kan dirinya. Alea rebah di lantai. Orang ramai mengerumuninya dan membawa dia ke hospital..
Alea tersedar dari pengsan dan melihat sekelilingnya berwarna putih..Kepalanya terasa sakit dan masih pening..Doktor masuk ke biliknya dan merawat kesihatannya..
"why with me doctor?" soal Alea..
"Cik Alea tak apa-apa cuma.."
"La..boleh cakap Melayu rupanya..tak payah la aku nak susah-susah membelitkan lidah aku ni nak speak english..haha" gelak Alea dalam hati..
"cuma apa doktor??" soal Alea kembali..
"Cik Alea pernah buat pembedahan otak dulukan??" soal doktor itu..Alea hanya mengangguk dan riak wajahnya sudah mula berubah. Hatinya mula tidak tenteram.. "macam ni Cik Alea..maaf untuk saya katakan kerana barah otak yang Cik Alea alami dulu....kini dia menjangkiti semula sel-sel dalam otak Cik Alea..."ucap doktor itu dengan nada sayu..
"maksud doktor..saya ada barah otak?? bukan ke dulu sel-sel barah tu dah dibuang..dah lama pun, knape boleh ada semula?? doktor cuma mempermainkan saya aje kan??" soal Alea bertubi-tubi..
"memanglah dulu sel-sel itu dah di buang..tapi sel-sel barah yang baru sekarang aktif dalam sel otak Cik Alea dan cara yang terbaik yelah Cik Alea perlu membuat rawatan pakar dulu dan kenal pasti barah otak tu berada di tahap mana dan baru la boleh Cik Alea meneruskan rawatan.." terang doktor melayu itu bersungguh-sungguh..
"tapi.......minggu depan saya dah nak balik Malaysia" jawab Alea dengan nada yang sedikit kecewa..
"tak jadi masalah untuk itu..Cik Alea boleh mendapatkan rawatan di sana..Saya akan bawa kes Cik Alea ni ke hospital pakar yang berdekatan dengan tempat tinggal Cik Alea di Malaysia.." balas doktor itu lagi.. Alea hanya mengangguk satuju..
Penyakit lama datang semula..kalau la aku boleh kawal perasaan aku dulu dan tak banyak kan tekanan dalam diri aku..mesti penyakit ni takkan terjadi dan takkan berulang lagi..Lantaklah, aku tak nak buat pembedahan lagi..kalau nyawa aku masih panjang, lama la aku hidup.. Kalau tidak..tidak la!..

******************************************************************************
Aku kini sudah menjejakkan kaki ke tanah air ku.. tanah tumpah darah ku..tanah di mana aku dilahirkan, dibesarkan..dan di sini juga aku bertemu dengan cinta aku dan di tanah ini jugalah aku berputus kasih dengan cinta aku..
"Alea??, Alea kan??" sapa seorang gadis
"err....Sha?? Farisha Zulkifli kan??" jawab Alea dengan wajah kagetnya..
"Ha!!..Lea....rindunya dengan kau..".."aku pun rindu kat kau.." mereka berpelukan di airport
tu..boleh di katakan tempat itu penuh dengan gelak ketawa mereka saja..
"Eh..Lea...aku nak bagi tahu ni....dua hari lagi kelas 5 sains kita dulu nak buat reunion tau.. kau datang tau..dengan syarat..kau kena bawa pasangan..hehe.. Kita semua dah sepakat, siapa yang tak bawa pasangan kena denda tau. Gila kan idea diorang.." ucap Farisha dengan gelak tawa di kafe..
"err....ok..nanti aku cari la pasangan aku.. siapa la yang malang jadi pasangan aku tu nanti..hahaha" balas Alea..Farisha juga turut tergelak bersama-sama Alea..tak siapa yang tahu betapa lukanya hati Alea..walaupun kelihatan dia tertawa pada zahirnya..tapi hatinya, tak siapa yang dapat membaca dan menyelongkar..hanya dia dah Allah saja yang tahu..
Setiba di rumah....Alea menyapa ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah..

" mak!!.." lantas Alea memeluk ibunya dengan erat.. Ibunya masih terperanjat, manakan tidak.. Anak yang sudah empat tahun di rantauan orang semata-mata ingin mendapatkan segulung Ijazah tiba-tiba memunculkan diri tanpa sebarang berita tentang kepulangannya.." bila kau balik ni?? betul ke ni Alea??" ucap ibu Alea yang masih kebingungan.. " ni Alea la mak.. Alea, anak mak" .. Mereka berpelukan antara satu sama lain..Rindu sungguh kelihatannya..

******************************************************************************
Alea bersiap-siap dengan pakaiannya yang sudah di pack dalam beg..dia seperti tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan teman-teman lamanya..Maklumlah, dia sudah meninggalkan Malaysia sejak berusia 18 tahun dan kini usianya sudah menjangkau 22 tahun..rindu dengan tanah air, mak, dan kawan-kawan..
Alea memasukkan barang-barangnya ke dalam kereta milik ibunya.. Dia meminjam kereta ibunya untuk tiga hari..Untung mak bagi, kalau tak kena la aku tumpang ngn Farisha tu..hehe..buat reunion kat tepi pantai..bestnya..hehe..
Alea turun dari kereta vios yang dipandunya....semua mata mencuri ke arahnya.. Penampilan nya banyak berubah sejak berada di Oxford.. Kini dia pandai bergaya, ye lah..kan dah besar dan dah matang..hehehe.. Penampilan yang menarik dengan t-shirt warna pink yang labuh hingga peha dan digayakan dengan jeans hitam bersama selendang hitam di kepalanya..mukanya tampak manis dengan kulit putih tanpa sebarang jangkitan jerawat.. dengan bentuk badan yang menarik...memang memikat hati jejaka yang melihatnya..
"hai semua..baru sampai juga ke?? " sapa Alea pada teman-temannya..
"tak juga..ada yang baru sampai ni..Lea..makin cun la..haha" balas Taufiq..memang tak berubah dari dulu, suka sangat kenakan orang..
Alea menyapa semua teman-temannya dan bertanya khabar.. Hatinya gembira benar apabila berjumpa semula dengan mereka semua..Semua ada pasangan masing-masing tapi dia..solo aje..biar la..solo lagi best..huhu
Alea ternampak Farisha dengan pasangannya, Asyraf sedang menyusun kayu api..macam nak buat unggun api besar aje malam ni..best juga ni.. Nak kacau juga la..
"Oi cik kak ! !" sapa Alea sambil menyentuh tubuh Farisha..
"Lea!..kau buat aku terperanjat aje la..eii! ! " geram Farisha dibuatnya..
Alea terdiam..badannya kaku dan tidak bergerak....matanya terlihat seseorang yang sangat dikenalinya..tiba-tiba perasaan rindu kembali semula pada dirinya..
"d..d...dia...Aim..r..ran...kan, Sha?? Aimran?? apa dia buat kat sini??" tergagap-gagap Alea menyoal kepada Farisha..
"Aimran la tu....dia teman aku, mak aku yang suruh untuk tengok-tengok kan aku.."
"perempuan sebelah dia tu siapa pulak??"
"tu buah hati pengarang jantung dia lah..Sofea.."
Malam itu masing-masing perlu memperkenalkan diri dan bagi tahu biodata diri la kiranya.. Alea mendengar dengan khusyuk tentang kawan-kawannya..semua kerja hebat-hebat.. dan tiba pula gilirannya..Alea ke hadapan dengan langkah yang sedikit gementar, manakan tidak.. Kekasih lamanya ada di hadapan..bergetar juga hatinya..
"err....aku..takkan la tak kenal dengan aku kan..hehe..aku..Nur Alea binti Ridzuan..tp korang panggil aku Lea aje kan.. Aku baru balik dari Oxford, baru aje dua hari tiba-tiba aje Sha bagi tahu ada reunion..Langkah kanan la aku kalau tak, tak dapat la jumpa korang semua..erm..aku belajar kat University Of Oxford..aku ambil jurusan Biomedical Science..minggu depan aku mula la kerja kat Hospital Pantai tu..jadi doktor aje..tu aje yang aku ada untuk di beritahu. Sekian terima kasih"
"kejap....mana pakwe kau ha??" soal salah seorang temannya..
"err....aku tak ada pakwe lagi la..nanti la aku cari..hehe "
"mana boleh, mengikut perjanjian..siapa yang join this reunion dan tak bawa pasangan masing-masing..kena denda tau..huhu..aku suka la bab mendenda ni.."
"yup..betul tu..kita denda Alea..kita denda dia.." jawab kawan-kawan Alea yang lain..Alea sudah menutup mukanya.. " ok..ok..korang nak denda apa ni??" balas Alea tanda kalah..
"nyanyi..!" Aimran tiba-tiba bersuara..
"ye....nyanyi..kita suruh Alea menyanyi.." jawab Taufiq pulak..yang lain sudah bersorak setuju..Alea sudah menjeling ke arah Aimran tapi Aimran memalingkan mukanya..
" Tapi..siapa nak mainkan gitar untuk aku??"
"aku boleh la..aku aje la yang main gitar..kau nak nyanyi lagu apa?" Asyraf menawarkan diri..
" lagu....Orang Yang Ku sayang-sayang dari Screen"
ok..senang aje la tu.." balas Asyraf....Alea duduk di atas batu dan gitar mula dipetik..Alea sudah mula menyanyi..




Selamat tinggal sayang ku
Semoga engkau bahagia
Bersama kekasih baru
Dan biarlah aku membawa diri

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

Ada kalanya aku termenung mengenang sikapmu
Pandainya engkau mengukir janji
Lalu kau memungkiri
Sepi kurasa perjalananku
Penuh duri rindu
Sehingga fikiranku tak menentu

Cintaku melayang-layang
Wajahmu terbayang-bayang
Orang yang ku sayang-sayang
Kini dah disambar orang
Perit hatiku tidak terkata
Oh...bisanya

Selamat tinggal wahai sayang ku
Terima kasih kerana engkau
Sanggup melukakan hatiku ini

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

Moga dikau bahagia (3x)


Lagu yang penuh dengan kelukaan....Airmata Alea menitis tidah henti-henti walaupun sudah diseka beribu kali tapi airmatanya degil untuk terus mengalir..Semua orang sudah melihat pada Alea....Selesai menyanyi, Alea terus berlari ke gigi air pantai..kenangan lamanya mula kembali..tak sangka, selama ini dia menyangka bahawa Aimran sudah jauh dari hatinya tetapi dia salah..empat tahun sudah berlalu, tapi Aimran masih di hatinya.. buktinya dia kaku melihat kehadiran Aimran, dia menangis sewaktu menyanyikan lagu tadi..lagu yang penuh dengan maksud..
"Alea..ok tak??" Farisha cuba menenagkan Alea..
"Aku ok la.."
"dah la, aku faham perasaan kau..tapi kita kena ingat..apa yang terjadi mesti ada sebab.. Kalau abang aku memang milik kau, masti dia akan jadi milik kau juga nanti.."
"aku tahu..tapi kenapa aku tak boleh lupakan dia??"
" kau sangat mencintai Aimran..Lea..cinta kau pada dia meman ikhlas sebab tu kau tak boleh lupakan dia..dah la tu..jom makan.." ajak Farisha dengan nada yang lembut..
Alea membantu kawan yang lain..dia memberi ayam panggang kepada setiap orang..kini tiba giliran Aimran pula dan kekasih hatinya, Sofea.. Alea hanya tersenyum tawar melihat Aimran..
"boleh tak saya pilih kan sendiri untuk Sofea??" soal Aimran.. Alea tidak menjawab sebaliknya dia menghulurkan penyepit ayam itu kepada Aimran....Bahagainya mereka.. Alea pandang dengan wajah yang sayu..tiba-tiba kepalanya terasa sakit semula..mukanya mula memucat..badan dia sudah melayang....matanya sudah gelap..tiba-tiba saja dia rebah, mujur dapat diselamatkan oleh Asyraf dan Farisha..
Mereka memapah Alea ke khemah....Alea..kau ok tak ni?? muka kau pucat ni tau" soal Farisha cemas.. "aku ok la..bagi beg aku cepat..kepala aku sakit ni.."pinta Alea.. pantas Farisha memberi beg tangan milik Alea kepada tuannya..Alea menyelongkar beg tangannya dan megambil pil tahan sakit lalu memakannya dengan rakus..air mineral yang sedia ada di dalam khemas itu di teguknya..
"betul ke kau ok ni?? muka kau makin pucat aku tengok.."
"aku ok..aku cuma nak rehat kejap aje..kau pergi la layan diorang..kesian lak nanti, asyraf tu juga..nanti dia kata makwe dia x pandai jaga laki.."
"ish..kau ni,,sempat lagi nak buat lawak..yela..aku keluar..nanti dah ok, kau keluar la ye.." ucap Farisha....Alea hanya mengangguk..
Semua orang terdiam seketika..masing-masing melihat ke dalam khemah yang di diami oleh Alea..ada bunyi sesuatu yang merdu dari khemah Alea..kelihatan Alea sedang menggesek violin dengan khusyuk dan menghayati bunyi itu.. Aimran juga tertarik dengan bunyi itu..manakan tidak..dialah yang telah mengajar Alea menggesek violin.. semua mendengar sehingga Alea habis menggesek violin itu....
"Ave Maria.." Aimran kaku di hadapan khemah Alea..sedap nya............ alunan bunyi tu, halus dan merdu..kata hati Aimran..
Alea melihat semua mata tertumpu padanya..dia juga terperanjat apabila Aimran berada di hadapan khemahnya dan melutut melihat dia bermain violin.."err....hehe....aku nak makan la..tiba-tiba rasa lapar pulak.."Alea berdalih, terus dia keluar dari khemah dan pergi makan sendirian..yang lain hanya melihat saja langkah Alea..

Diam tak diam..dah sebulan Alea di Malaysia dan sudah sebulan juga dia jadi doktor..Balik dari reunion, dia tidak lagi bertemu dengan rakan-rakan yang lain..seorang pesakit yang sangat dikenalinya sudah memasuki biliknya..
"duduk Puan " pelawa Alea dengan sopan..Puan Faridah, pesakit setianya..tiga kali seminggu Puan Faridah akan datang ke situ untuk mendapat kan rawatan tentang penyakitnya..Biasalah, penyakit darah tinggi dan kencing manis..

"Puan..menurut pihak hospital, puan perlu dirawat di rumah bersama doktor peribadi kerana penyakit darah tinggi puan makin melarat..saya pun ada beritahu puan minggu lepas dan puan juga setuju.. Sekarang ini, puan perlu pilih doktor yang puan mahu kan" teras Alea dengan senyuman yang manis.
"Saya pilih doktor aje la..saya dah biasa dengan doktor..boleh kan??" jawab Puan Faridah
"Boleh aje, pihak hospital juga menyuruh saya untuk menjaga puan di rumah tapi saya perlu toleransi dengan puan dulu jika puan ada pilihan sendiri.."
"saya dah pilih doktor..doktor aje la ye.."
"okeyh, mulai esok saya akan ke rumah puan..tapi puan kena datang hospital dulu untuk beri tandatangan yang puan sudah mengambil saya untuk berada di rumah puan selama 6 bulan..boleh??"
"ok....esok saya datang semula ke hospital.."

Alea sudah tiba di rumah Puan Faridah..masuk saja ke dalam rumah Puan Faridah..mata Alea ligat melihat sekeliling rumah Puan Faridah..tiba-tiba..
"Alea??" sapa satu suara yang sangat dikenalinya..Alea memalingkan mukanya ke arah suara itu..

"Sha??" Alea sudah mengukir senyuman.. kejap!!..kalau rumah Puan Faridah ni rumah Farisha, maknanya Farisha ni anak Puan Faridah..Aimran pun anak Puan Faridah la dan ni rumah Aimran....aduh! mati aku..maksudnya aku akan jumpa Aimran setiap hari dari pagi sampai malam..
"doktor kenal dengan Farisha??"
"mak..ni kawan Sha la..kawan satu sekolah dulu, dia baru balik daro Oxford tau" jelas Farisha
"oh....kenal la ni....dunia ni kecil aje kan.." balas Puan Faridah..Alea tersenyum kelat memandangkan dia akan berkhidmat dengan Puan Faridah yang merupakan mak Aimran, kekasih lamanya..
"mak.." sapa satu suara
"Aimran..baru balik ye?" balas Puan Faridah
"ye mak..erm..mana doktor yang mak maksudkan tu?" soal Aimran pula..
"ni dia...." jawab ibunya sambil menunjukkan pada Alea yang sedang membelakangi Aimran.."doktor....ini anak lelaki saya, Aimran.. Aimran, ni la doktor tu..Doktor Alea.."
Alea memusingkan badannya....perasaan malu dan sakit hati mula menyerbu ke wajahnya namun cuba ditahan dan ditapis agar tak ada siapa yang perasan tentang itu....Aimran juga kelihatan terperanjat tapi dia lebih sibuk membelai kekasih hatinya yang ada di sampingnya itu....
"Aimran...." ucap Aimran sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam..
"Alea.." balas Alea ringkas..sambil berjabat tangan dengan Aimran..sewaktu berjabat tangan itu, terasa kehangatan jari-jemari Aimran itu....perasaan rindu kembali lagu..Namun, dengan pantas Alea merenggangkan jabatan tangan itu kerana dia tidak sanggup meruntuhkan kebahagiaan orang lain..
"mak..ni la Sofea tu" kata Aimran
"oh....erm..Sha....pergi la buat air untuk tetamu ni. Mak nak pergi tunjukkan bilik untuk Doktor Alea" jawab Puan Faridah dan berlalu dari situ bersama Alea....Farisha hanya mengangguk dan berlalu ke dapur..
Puan Faridah membuka pintu bilik yang akan di gunakan oleh Alea sementara dia berkhidmat di situ..walaupun dia tidak menginap di situ tapi ruang itu boleh di jadikan sebagai ruang untuk dia berehat dan solat....
"doktor gunalah bilik ni ye untuk solat atau berehat.."
"erm....puan panggil saya Alea aje la....tak perlulah terlalu formal..boleh?"
"ok....kalau macam tu Alea panggil saya 'makcik' aje la ye..tak perlu la panggil Puan..mak cik lagi mesra dan nampak kita rapat" jawab Puan Faridah..
Selesai meletakkan barang-barang....Alea di bawa keluar semula oleh Puan Faridah ke ruang tamu rumahnya untuk di perkenalkan dengan ahli keluarga yang lain..
"Alea....ni suami mak cik....nama dia Zulkifli.. ni pula anak ketiga mak cik, Aqmal..Aqmal masih sekolah lagi baru 17 tahun...dan ni pula anak bongsu mak cik, Fasha....dia pun masih sekolah lagi, baru aje 15 tahun.." terang Puan Faridah....Alea senyum melihat anak-anak Puan Faridah..dari wajah mereka semua kelihatan yang mereka nampak peramah dan mudah di buat kawan....
"erm....hey, Aqmal dengan Fasha boleh panggil saya Kak Alea aje ye.." kata Alea sambil tersenyum..mereka membalas senyuman.... " makcik, Alea nak ambil ubat makcik dalam kereta sekejap ye" ucap Alea dan berlalu dari situ..
Selesai mengambil beg ubat di dalam kereta, Alea menutup pintu kereta..Alea terkejut apabila nama dia di seru oleh seseorang..
"Alea.."
"err....Aimran..ada apa?? "
"tak ada apa-apa cuma tegur aje..ye lah, orang tu dah belajar jauh dan dah jadi doktor juga pemain violin yang terkenal kan..tak kan la nak bertegur sapa dengan orang macam saya ni kan.."
"err....bukan macam tu..erm....nantilah kita sambung ye, sekarang ni saya banyak kerja la"
"ok....tapi ingat, awak tak akan dapat merebut hati saya lagi..ingatan keras dan jangan sesekali nak membodek keluarga saya"

"sehina-hina saya pun, saya tak kan menghancurkan hubungan orang lain walaupun hati saya sakit melihat orang yang saya cintai bersama orang lain....saya tak ada niat untuk musnahkan nya kecuali orang lain yang memusnahkan kebahagiaan saya" selesai saja Alea melepaskan geram, dia berlalu dari situ dengan perasaan yang hampa dan sakit hati..
Sampai hati, dia ingat aku ni nak sangat padanya ye? memang la aku masih sayang padanya tapi dia dah pandang serong pada aku....dia ingat aku suka nak menghancurkan hubungan orang....dah la Alea! lupa kan, kau kat sini sebab kau kerja dan nak jaga kesihatan Puan Faridah. Biar la lelaki tu nak buat apa pun! !
Mulai hari itu Alea bekerja di situ dengan semangat untuk memulihkan tahap kesihatan Puan Faridah seperti sedia kala. Dialah yang menyediakan makan dan minum buat Puan Faridah supaya pemakanan yang di beri untuk Puan Faridah berkhasiat. Kadang kala dia membantu adik-adik Aimran membuat kerja sekolah..kadang kala juga dia bermain-main dengan adik Aimran, mereka semua sudah seperti keluarganya sendiri....walaupun wajah Alea tersenyum dengan gelak tawanya tetapi hatinya masih terluka kerana setiap hari dia harus berhadapan dengan Aimran yang semakin hari membuat hatinya sakit dan terluka.
Apabila bertemu saja, pasti mereka akan berbalah dan kata-kata Aimran pasti menyakitkan hatinya....Sakit kepalanya juga semakin menjadi-jadi, sudah hampir 5 bulan Alea berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Puan Faridah dan selama itu jugalah dia tidak pergi mendapatkan rawatan pada doktor tentang barah otak yang di alaminya..
Alea baru saja lepas solat zohor, dia keluar dari biliknya....dan di sapa oleh Aqmal..
"Kak Alea..duduk la sini, teman Aqmal tonton tv.." ajak Aqmal, mereka sangat mesra..Alea bukan saja di anggap sebagai doktor peribadi maknay malahan sudah di anggap sebagai kakak nya sendiri..Alea tersenyum dan melabuhkan punggungnya di sofa berwarna coklat itu di samping Aqmal...Aqmal bersuara kembali..
"Kak Lea tak ada buah hati ke?? " soal Aqmal tiba-tiba...."err....kenapa pulak dia tanya ni?? adoii....jawab aje la" bisik hati Alea..
"tak ada lak dik.." jawab Alea selamba..
" Akak tak cari ke??"
"tak....malas la nak mencari-cari ni?"
"la....macam tu pulak....akak pernah bercinta kan??" soal Aqmal lagi. Alea hanya mengangguk saja...."berapa kali??" soal Aqmal terus menerus..
"sekali aje" jawab Alea acuh tak acuh..
"err....cerita la sikit kak.. Kenapa boleh putus ni? dan kenapa tak cari lain??"
"erm....cerita orang besar la dik....tak payah tahu la.. Akak pun tak ada fikir pasal cinta lagi, akak sibuk la dengan kerja dan main violin....Lagi pun akak tak sanggup nak kecewa lagi.. Cukup la sekali akak kecewa.." balas Alea dengan sayu..


"ex akak tu....abang Aimran kan?" soal Aqmal tanpa segan silu..Alea terperanjat..manakan tidak,
malu di buatnya. Adik beradik Aimran memang tahu yang mereka pernah couple dulu. Alea sangka yang adik Aimran tak ingat wajahnya..tapi sebaliknya..
"err....adik, akak nak siap kan ubat untuk makcik dulu la ye..nanti kita sambung lagi tau.." Alea cuba berdalih dan berlalu dari situ..Malu gila di buatnya...Aqmal tekebil-kebil apabila di tinggalkan begitu saja....Dia tahu yang Alea cuba berdalih, lalu dia menyambung menonton tv dengan wajah yang skema....hm....mulut macam mak joyah..

"abang....Alea tu baik kan.." ucap Puan Faridah pada suaminya..
"ye....baik la Alea tu.. Sopan dan jaga tutur kata.." balas suaminya..
"erm..tak lama lagi dia dah habis berkhidmat dengan kita.. saya tak nak dia putus silaturahim dengan kita la.."
"habis tu nak buat macam mana, setiap yang datang mesti akan pergi.."
"Kalau kita jodohkan Alea dengan Aimran, abang setuju??" soal Puan Faridah secara tiba-tiba.
"Awak dah fikir masak-masak? Aimran dah ada pilihan sendiri.. tak mungkin dia mahu untuk nikah dengan Alea, gadis yang dia tak cinta.." balas suaminya tanda kurang setuju..
"Kita cuba la tanya dia....saya harap dia akan setuju..kita bincang dengan mereka esok ye".......Encik Zulkifli hanya mengangguk saja..Dia berkenan juga jika Alea dijadikan menantu mereka, sifatnya sungguh terpuji cuma dia takut Alea akan di seksa oleh anak lelaki sulungnya, Aimran..

Semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu termasuk juga lah Alea..dia juga terperanjat kerana namanya juga disenaraikan untuk mendengar apa yang Puan Faridah dan Encik Zulkifli hendak perkatakan petang itu..
"baiklah..Ayah sebagai ketua keluarga dalam keluarga ni nak buat pengumuman. Ayah dan mak dah bincang dan fikir masak-masak. Kami nak jodohkan Aimran. Maknanya abg kamu ni dah nak kahwin la tak lama lagi dan ayah nak mereka kahwin secepat yang mungkin.." ucap Encik Zulkifli dengan petah....Alea sudah menundukkan mukanya, terasa sakit di lubuk hatinya kerana dia tahu Aimran akan bernikah dengan Sofea. Aimran sudah tersenyum-senyum..
"Lagi satu....Mak dan ayah dah pilih jodoh untuk Aimran. Aimran tak boleh tolak tau.." sambung Puan Faridah.
" siapa mak? Sofea kan?" tanya Aimran..
"bukan..tapi.. Alea.." jawab Puan Faridah lagi..
"Apa!??....kenapa dengan Alea pulak? Aimran bercinta dengan Sofea, bukan dengan Alea!" bentak Aimran....Alea juga terkejut, dia tidak menyangka semua ini akan terjadi..
"Aimran nak atau tidak, Aimran tetap kena nikah dengan Alea! Mak dah rancang semua ni dan korang akan nikah dua minggu lagi! Muktamad!.." balas Puan Faridah..Aimran bangun dari sofa yang di dudukinya lantas keluar dari rumah dengan wajah yang merah padam..
"Anak kurang ajar..sekolah tinggi tapi tak ada budi bahasa dengan keluarga" balas Encik Zulkifli..
Alea bangun dari sofa di samping Farisha.... "mak cik, kenapa saya? Aimran dah ada pilihan hati dia. Dia akan bahagia dengan pilihan hati dia dan bukan dengan saya" rayu Alea.
"Dia tak akan bahagia dengan Sofea mahupun sesiapa saja kecuali dengan pilihan kami iaitu Alea" jawab Puan Faridah
"Tapi..."
"Dah la Alea, Alea tetap akan jadi menantu mak cik. Mak cik tak nak orang lain" sambung Puan Faridah..
Alea hanya mengangguk dan berlalu dari situ, kepalanya mula sakit. Alea sudah memegang kepalanya. Terasa bisa yang teramat seolah-olah nyawanya akan habis di situ juga. Dia rebah di lantai secara tiba-tiba....Puan Faridah dan yang lain semua terperanjat. Mereka mengangkat Alea dan membaringkan Alea di atas katil....Farisha mengelap muka Alea dengan kain basah bersama air suam....perlahan-lahan Alea membuka matanya.. Kepalanya masih sakit..tapi di gagahkan juga untuk berkata sesuatu..
"makcik, pakcik, Sha, Aqmal dan Fasha....Alea sebenarnya...." Alea bersuara dengan suara yang di tahan-tahan..
"Kenapa Alea? Kenapa ni?" soal Puan Faridah dengan lembut..
"Sebenarnya Alea sakit.. Mungkin nyawa Alea tak panjang..jadi, fikir-fikir la untuk jadi kan Alea sebagai keluarga makcik.." jawab Alea dengan air mata yang mula menitis..
"Kak Alea sakit apa ni??" soal Fasha pula.. Alea tersenyum melihat gadis yang kecil molek dan cantik tu. Dia menusap-usap pipi Fasha dan matanya di alihkan ke arah Farisha..
"Alea sebenarnya ada......Barah...Otak.." makin laju air mata Alea..
" Ya Allah..Alea..Kenapa tak bagi tahu kami?" soal Encik Zulkifli
"Saya hanya tak nak orang tahu penyakit saya..biarlah saya tanggung sendiri tapi hari ni saya terpaksa beritahu sebab saya tak nak keluarga ni terlalu menyayangi saya dan terasa kehilangan saya selamanya nanti.." jawab Alea....Farisha terus mendakap teman baiknya itu merangkap doktor peribadi ibunya..
"Tapi Alea, mak cik nak Alea jadi menantu makcik..tolonglah Alea, mak cik tak nak orang lain" rayu Puan Faridah..Yang lain juga menangguk, meyetujui apa yang di katakan oleh Puan Faridah..

"Ya Allah....kalau itu yang keluarga ini mahukan, saya akan tunai kan, tapi jangan beritahu penyakit saya ini pada Aimran..tolonglah.." jawab Alea.. Yang lain setuju dengan Alea.. Mereka akan merahsiakan hal ini dari Aimran..

Hari yang di tunggu oleh keluarga Aimran sudah tiba dan hasrat yang di inginkan oleh keluarga mereka juga dapat dicapai.. Alea kini sudah sah menjadi isteri kepada Aimran.. Alea tidak menyangka yang dia akan menjadi isteri Aimran juga akhirnya walaupun dia tahu Aimran langsung tidak menganggapnya sebagai isteri.....
Malam itu, Alea duduk di atas katil.. Kini dia sudah sebilik dengan Aimran. Hasrat mereka dulu ingin bersama dengan ikatan yang sah sudah termakbul tapi....antara mereka tiada langsung rasa cinta....yang ada hanya lah kebencian dan sakit hati..
"Awak tidur lah di atas tu....biar saya tidur di bawah ni" kata Aimran sambil merebahkan badannya di tilam bawah.. Alea hanya menurut kata suaminya....
Semua orang sudah di buai mimpi kecuali Alea....tiba-tiba kepala nya terasa sangat sakit. Lebih sakit dari biasa.. Dia bangun dari tidur dan ke dapur bersama ubat di tangan nya. Alea makan ubat dan meneguk air masak di dapur dengan keadaan yang tidak tentu arah.. Kepalanya mencengkam..sakit sungguh kelihatannnya....Alea masuk semula ke bilik dan sambung tidur..
Sudah tiga bulan Alea begitu..kepalanya sering sakit. Bukan sakit seperti biasa tapi sakit yang sangat mencengkam. Terasa ada sesuatu di dalam kepalanya tapi dia degil untuk membuat pemeriksaan dan dia hanya bergantung pada ubat..

Alea menggosok pakaian kerja suaminya....meskipun kepalanya sakit, dia tetap kuat untuk menjaga keperluan suaminya..
"Apa awak buat ni??" soal Aimran dengan nada yang keras.
"saya cuma menggosok baju awak aje"
"tak perlu nak tunjuk baik lah.."
"tapi ni tugas saya.."
"ingat saya peduli ke? saya tak peduli la. Tepi lah..ingat! jangan sesekali menyentuh barang saya" Aimran menolak Alea hingga kepala Alea terhantuk ke dinding.. Alea sudah terasa lain pada kepalanya..Alea menangis dan berlalu dari situ, kepalanya berdarah tapi langsung tidak dipedulikan oleh Aimran walaupun Aimran lihat kesan darah di dinding itu....
Alea menangis mengenangkan nasib dirinya....Cepat dia memakan ubat tahan sakit supaya dia tak pengsan di hadapan Aimran....Aimran hanya melihat dengan wajah yang langsung tidak ada belas kasihan....Alea mencuci luka di kepalanya dan mengubatinya sendiri....


Alea terus-terus menangis....Aimran seperti tidak sampi hati melihat Alea sebegitu, dia duduk di samping Alea di dalam bilik mereka. Di ambil kapas di tangan Alea dan di lap darah di kepala Alea itu....Aimran meletak kan antiseptik dan membalut sedikit luka Alea... Alea hanya memejamkan matanya menahan sakit..
Jiwa lelaki Aimran mula terusik....dia meneliti wajah Alea, wajah yang pernah dia cintai dulu. wajah yang pernah dia sayangi, tapi dia juga yang telah menghancurkan segalanya.. Pipi Alea di usap perlahan-lahan. Tiba-tiba saja timbul satu perasaan yang dia sendiri tidak dapat untuk mentafsirkan nya.. Terasa perasaan sayang mula muncul di benaknya..
"Alea....maafkan saya...." Aimran berkata-kata dalam hatinya..Aimran baru tersedar dari angan-angannya, dia terus merebahkan dirinya di atas katil....Alea pelik kerana sudah tiga bulan mereka bernikah, baru pertama kali ini Aimran baring di atas katil.. Alea turun ke tilam bawah kerana menyangka yang Aimran minta dia tidur di bawah..
"Alea....nak pergi mana?" soal Aimran dengan lembut..
"tidur kat bawah ni" balas Alea..
"Alea tak nak tidur dengan suami sendiri ye?" soal Aimran lagi dengan nada merajuk..
"err....tapi....Aimran yang tak bagi kita tidur bersama kan.." balas Alea lagi.. Aimran bangun dari pembaringannya dan menarik Alea duduk di sampingnya....Aimran merenung wajah isterinya dengan penuh kasih....eh....dah mengaku isteri ye cik abang..hehe..
"Alea....Aimran tahu yang Aimran salah..Aimran tak patut buat Alea macam tu dulu tapi sekarang.. Aimran nak tebus semula kesalahan Aimran..Aimran nak jadi suami yang bertanggungjawab untuk Alea" ucap Aimran sambil mengusap pipi isterinya..
Air mata Alea mengalir semula....terasa sayu dan bahagia di hatinya saat itu.."Aimran, betul ke apa yang Alea dengar ni??"
"Alea tak salah dengar..betul lah apa yang Aimran katakan tu..Aimran nak jadi suami yang tebaik untuk Alea hingga akhir hayat kita..".......Aimran memeluk erat badan isterinya. Makin deras air mata Alea..Alea terasa sangat bahagia ketika ini.. Aimran mengkucup dahi isterinya dengan penuh kasih....berlalu lah malam itu dengan indah dan mereka menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri seperti pasangan bahagia yang lain..

Selepas solat Subuh....Alea melipat kain telekungnya. Bahagia hatinya kerana dapat solat berjemaah dengan suaminya sendiri. Kini apa yang di hasratkan sudah tercapai....kain telekung yang dilipatnya itu diletakkan di atas kerusi. Alea merapati suaminya yang sedang menyikat rambut..Alea memeluk pinggan Aimran dengan erat..
Aimran tersenyum melihat gelagat Alea yang tersangat manja....Alea sudah memegang kepalanya lagi, sakitnya sudah menyerang lagi. Aimran sudah panik melihat wajah Alea yang pucat. Perlahan-lahan Alea rebah pada badan Aimran..Aimran terperanjat dengan apa yang terjadi lalu dia menatang Alea dengan segera dia membawa Alea ke dalam kereta.. Keluarga yang lain kelihatan terkejut dan mereka tahu apa yang terjadi pada Alea..
Semuanya sudah berada di hospital....Alea masih di rawat di ruang kecemasan, Aimran sudah tidak tentu arah dan dia hanya mampu berdoa. Ahli keluarganya yang lain berasa sedikit pelik dengan tindakan Aimran pagi tadi tapi mereka tidak ambil peduli dengan itu kerana yang penting sekarang ialah kesihatan Alea.. Doktor sudah keluar dari bilik rawatan.. Aimran dengan pantas menanyakan soal Alea..
"doktor, macam mana dengan isteri saya..?" soal Aimran dengan tidak tentu arah
"Puan Alea sekarang berada dalam keadaan kritikal, barah otak yang di alaminya dah teruk dan cara yang terbaik ialah dengan pembedahan untuk membuang darah beku di otaknya dan sel-sel barah...."
"Barah Otak??" Aimran terperanjat.. Aimran memandang ahli keluarganya yang lain..
"ye..barah otak, Puan Alea sepatutnya mengadakan pemeriksaan dengan pihak kami tapi dia tak nak dan hanya minta ubat tahan sakit aje" jelas doktor itu lagi..dan berlalu dari situ
"Mak, ayah....korang semua tahukan yang Alea ada barah otak??"
"maaf kan kami Aimran, ni semua permintaan Alea. Dia tak bagi kami bagi tahu tentang hal ni kat Aimran, dia tak mahu menyusahkan orang lain" jawab Puan Faridah..
"Alea!!..kenapa boleh jadi macam ni?? Patut la Alea selalu bangun malam dan ke dapur. mesti dia makan ubat dan darah beku dia tu mesti sebab kepala dia terhantuk kat dinding semalam..Apa aku dah buat? aku dah cuba untuk membunuh isteri aku sendiri! aku....aku..dah mencederakan orang yang aku sayang.." teriak Aimran. Ahli keluarga yang lain terperanjat dengan kata-kata Aimran..
Aimran menghampiri isterinya yang terlantar di atas katil hospital..tangan isterinya di genggam kemas dan dikucup kasih....Alea melihat wajah suaminya dan mata suaminya bengkak kerana terlalu banyak menangis..
"Alea...kenapa tak bagi tahu Aimran yang Alea sakit??"
"Alea tak nak Aimran tahu sebab, mungkin bila Aimran tahu yang Alea sakit....Aimran akan pura-pura sayang pada Alea tapi sebenarnya tidak..Alea juga takut yang Aimran akan tinggalkan Alea pada hujung nyawa Alea nanti....Alea cuma nak kasih sayang dan cinta dari Aimran yang ikhlas dan hanya untuk Alea..Alhamdulillah..Alea dah dapat semua tu" kata-kata Alea membuatkan Aimran menangis..
"Alea..janji dengan Aimran....sayang.."
"janji apa??"
"Alea buat pembedahan ye....demi Aimran..suami Lea ni...."
"tapi Aimran, risikonya tinggi..jika pembedahan tak berjaya, Alea akan tinggalkan dunia ni dengan lebih cepat dari sepatutnya.."
"tolong Alea..Aimran tak nak Lea sakit..tolong sayang...."rayu Aimran lagi....Alea termenung sejenak dan berkata semula..
"baiklah..Alea akan lakukan..dan Alea akan bertahan demi Aimran.."
Aimran memeluk Alea degan erat..se gala sayangnya di curahkan buat Alea..tiada nama lain di hatinya kecuali Alea..
Hari pembedahan sudah tiba..Alea dapat bertemu sebentar dengan ahli keluarga nya yang lain sebelum dia menjalani pembedahannya itu..
"Mak....ayah..terima kasih sebab terima Alea sebagai menantu mak ye" ucap Alea pada Puan Faridah dan Encik Zulkifli..
"Fasha....Aqmal....belajar rajin-rajin tau....Kak Lea akan doakan yang terbaik untuk korang..Jangan lawan cakap mak dan ayah tau...."
"Farisha....maaf kan aku kalau ada buat salah pada kau ye.." Alea memeluk Farisha dengan erat..

" kau tak buat salah apa-apa..kau kuatkan diri ye.." balas Farisha..
"Aimran..maaf kan Alea....jika ini saat terakhir untuk kita bersama, jangan sedih ye sayang. Alea tetap ada pada hati Aimran. Alea tetap milik Aimran..teruskan hidup Aimran ye, jangan jadi macam Alea kerana kekecewaan..Alea terpaksa menanggung sakit.." ucap Alea dan terus dipeluk oleh Aimran..
"jangan cakap macam tu sayang....Alea tetap akan bersama-sama dengan abang.."........... Alea terperanjat dengan gelaran itu namun dia hanya tersenyum kerana mungkin ini adalah saat terakhir dia dapat bersama suaminya..pelukkan antara mereka di eratkan dan air mata Alea makin deras mengalir..
"abang....Alea masuk dulu ye.. I Love You ! !" ucap Alea di telinga Aimran..
"ok sayang....hati-hati dan kuatkan diri ye.. I Love You Too ! !" balas Aimran..
Pembedahan di jalankan selama 3 jam....mereka semua berasa cemas dan hanya mampu berdoa dan bersujud pada waktu itu..Selesai menunaikan solat Asar dan juga solat hajat....Aimran kembali semula ke ruang menunggu yang berdekatan dengan dewan bedah Alea....sekejap lagi lampu di bilik pembedahan akan dimatikan bermaksud pembedahan sudah tamat..
Aimran menanti dengan tabah dan sabar..hanya berserah saja pada Allah Taala.. Lampu di dewan bedah sudah di padamkan....Doktor di bilik bedah juga sudah keluar dan meghampiri Aimran..
"ini waris Puan Alea kan?" soal doktor bedah itu...."waris?? Alea?? kenapa dengan Alea? hati Aimran tidak tentu arah..
"ye....saya suaminya.." balas Aimran terketar-ketar..
"Maafkan pihak kami Encik....kami tak dapat meyelamatkan nyawa isteri encik" jawab doktor bedah itu dengan nada kesal dan berlalu dari situ..Keluarga Aimran sudah menangis kerana terkejut dengan berita itu..
"Aaalleeaaa!!!!!....kenapa tinggalkan Aimran?? Kenapa?? Alea janji takkan tinggalkan Aimran....Alea!!" teriak Aimran sekuat hati..
Aimran terduduk di hadapan dewan bedah itu....Air matanya tidak putus-putus mengalir...Ahli keluarga yang lain juga turut menangis sambil menenangkan Aimran..

Di lingkaran diamku termanggu
Terkenangkan kembali
Saat indah aku bersamamu
Dibelai cinta suci

Sewaktu kelukaan hatiku
Kau datang dan memberi
Taburan bunga cinta sucimu
Harum subur dihati

Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
Mengusir sepi, mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata dipipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Biarpun kita terpisah jiwa
Namamu tetap dikalbu

Kusemadikan cintaku
Didalam doa kudusku
Kepada Tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Mengadap Tuhan yang Maha Esa


Sudah setahun berlalu....Aimran masih begitu, masih menangis dan bersedih apabila mendengar lagu 'Harum Subur di Hati'....seperti rohnya bersatu dengan roh Alea..
"Abang! cukup-cukup la menangis tu....siapa yang mati ni?? abang ada isteri lain ke??" soal Alea tiba-tiba....penat di buatnya, setiap hari Aimran akan mendengar lagu tu dan menangis..dah lah dia sarat menagandung ni.. silap-silap hari bulan, dia beranak tak cukup bulan pula..



"err....sayang....hehehe....jangan la marah-marah.. dengar lagu pun salah ke??" jawab Aimran dengan nada yang..erm..entah la..tak ada perasaan langsung..
Alea....sebenarnya Alea tak mati..dia cuma pengsan aje lepas pembedahan....doktor bedah tu tak pandai nak pastikan....orang hidup di sangka mati. Nasib baiklah adiknya, Fasha..terus masuk ke dalam dewan bedah dan tiba-tiba nadi Alea berdegup semula..Alhamdulillah.. Bahagia di buatnya..
Sekarang Alea dah mengandung..erm..dah 7 bulan tau..hehe..tapi angin dia pulak tak menentu..sekejap marah, kadang-kadang tu manja tak kena tempat….dah tu mudah terasa la pulak. Tapi tak kesah la, asalkan Alea tetap bersama aku..
"tak salah la..tapi penat tau tak....jangan la asyik menangis aje....tak suka la" balas Alea lagi..
"ok..ok..abang tak nangis lagi ye....gurau-gurau aje la.." usik Aimran sambil mengkucup pipi isterinya yang baru duduk di sampingnya..Alea sudah naik manja....dia memeluk suaminya dengan erat....Aimran pula mengusap lembut rambut Alea....Alahai..manjanya..
Akhirnya..apa yang Alea mahu kan tercapai.. Walaupun dia harus menunggu bertahun-tahun untuk mendapat kan kebahagiaan nya itu. Tapi, berkat kesabaran dan imannya.. Alea dapat apa yang di inginkan....
"Aimran....Kau Tercipta untuk Ku.." ungkap Alea dengan manja..Aimran memandang wajah Alea dan memeluk nya kembali..
~Selesai~












harap-harap para pembaca akan menerima hasil nukilan saya
dan jika anda suka, sila tinggal kan komen.. =)


hasil nukilan : Hani Suhaila.. =)

Thursday, January 20, 2011

seharum bunga mewangi,
ke segenap pelusuk hati,
menyuburkan rasa hati ku padamu..

apakah rasa hatiku..?
tiap kali kita ketemu,
walau melihat segaris senyuman mesra mu,
bisa meleburkan tembok keegoan hatiku..

apakah rasa hatiku..?
mengapa hadir tika aku memerlukannya?
apakah engkau bisa merasakannya juga?

tidakkah kau tahu aku begitu merinduimu??
setiap bisikkan kata rindu mu,
setiap lirikan manja mu,
membuai daku untuk kepada mu..

aku tidak ingin lagi,
melihat dikau menangis sendirian,
kerna hatiku tidak engkau masih miliku sepenuhnya,
namun,
di ruang hatiku tersedia ruangan indah untuk mu miliki,
hingga memenuhi seluruh kamar hatiku..

jangan menangis lagi,
hanya satu pintaku,
untukmu dan hidupku,
baik-baik sayang,
hanya aku untukmu............

Doa Untuk Suami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah ...
sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
dan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

from >> www.syok.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...