Pages

Sunday, November 7, 2010

Sinopsis : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman hasil nukilan Anwar Ridhwan

        Novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman hasil nukilan Anwar Ridhwan menceritakan tentang zaman kejatuhan seorang penglipur lara, pencerita dan penghibur bernama Pak Hassan yang semakin dilupakan oleh peminatnya dalam bidang penglipur lara lantaran perubahan masa yang memperlihatkan masyarakat beralih angin kepada penggunaan teknologi barat dalam hiburan yang meminggirkan khidmat beliau. Kehidupan Pak Hassan dilingkari dengan pemergian isteri kesayangannya, Selamah akibat mati selepas bersalin. Ternyata, kematian Selamah membuka hati Pak Hassan yang kerinduan walaupun masih menjalani kehidupan dengan dua orfang anaknya iaitu Senah dan Mat Junuh yang terencat akal.

Antara persoalan yang terdapat pada  novel ini adalah nilai persahabatan yang kukuh sehingga boleh dibawa mati. Hal ini dapat dilihat pada Imam Mahali yang sanggup memberi sebidang tanah kepada Pak Hassan sekeluarga untuk dijadikan tempat tinggal agar Pak Hassan terus menetap di kampong tersebut. Selain itu, bakat dan potensi diri yang dapat memikat hati orang lain merupakan persoalan yang seterusnya. Keperibadian Pak Hassan yang ceria, peramah, pandai menyampaikan cerita dan suka bergurau membuatkan orang kampong tidak berasa kekok dan janggal dengan Pak Hassan. Akhirnya, Pak Hassan dijemput untuk terus tinggal di kampong tersebut. Tambahan pula, kasih sayang Senah kepada Mat Junuh amat kuat dan Mat Junuh selalu menganggap Senah sebagai emaknya sendiri.


Watak utama yang terdapat dalam novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman adalah Pak Hassan. Pak Hassan seorang ayah yang mengambil berat akan perihal anak-anaknya. Perkara ini ternyata benar kerana Pak Hassan masih menjaga Mat Junuh yang terencat akal walaupun sudah mencecah zaman kedewasaan. Beliau juga seorang tak pernah letih menjalani kehidupan seorang penglipur lara walaupun semakin kehilangan  penonton kepada ceritanya. Watak utama ini disokong oleh watak sampingan iaitu ramli. Ramli merupakan seorang rakan dan sahabat yang sentiasa menolong keluarga Pak Hassan. Ramli seorang rakan yang amat prihati kerana sanggup mendengar keluhan Pak Hassan yang mengembara dari negeri Kelantan akibat tidak bersendapat dengan adiknya. Dia jugalah di antara orang yang turut sama membantu bergotong-royong membina tempat tinggal untuk Pak Hassan sekeluarga pada tujuh belas tahun lalu. Watak sampingan yang adalah anak Pak Hassan, Senah. Rupa Senah yang seakan-akan Selamah membuatkan Pak Hassan sentiasa teringatkan arwah ketika memandang beliau. Bukan itu sahaja, kebolehan Senah yang tahu memasak, mengemas rumah dan dan tingkah lakunya yang lemah lembut tidak tumpah seperti ibunya.


Cerita ini dimulakan dengan Pak Hassan yang pergi melawat kubur isterinya yang meninggal akibat tertinggal sebahagian tembuninya dalam perut selepas melahirkan Mat Junuh. Ia juga diceritakan imbas semula pada tujuh belas tahun lalu semasa Pak Hassan mula-mula sampai dikampung tersebut. Pada perkembangan cerita, Pak Hassan si tukang penglipur lara dikatakan semakin tidak dilupai oleh orang-orang kampong ditambah pula kedatangan tentera jepun yang semakin hampir dengan kampong mereka. Cerita ini semakin rumit apabila Mat Junuh tanpa disengajakan telah mengoyakkan kulit kepala Aziz, anak kepada Ramli semasa sedang bermain permainan lanun. Senah pula telah diperkosa oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika hendak mengambil air sembahyang di perigi. Klimaks novel ini apabila berlakunya pergolakan jiwa dialami oleh Pak Hassan selepas kedua-dua anaknya iaitu Senah dan Mat Jusuh melarikan diri daripadanya. Kehilangan mereka membuatkan kehidupan Pak Hassan murung, sedih dan dilanda kekecewaan. Ternyata, ia amat menggangu dan menguji keimanannya untuk redha dengan ketentuan-Nya. Cerita ini berakhir apabila mayat Pak Hassan dijumpai telah mengembang oleh Paman Bahari ketika sedang memeriksa kebunnya.

Di dalam novel ini, penulis menggunakan kata-kata yang tepat dan sesuai dengan tema dan persoalan novel. Selain itu, terdapatnya banyak penggunaan monolog di dalam novel ini seperti “Kami kesepian di sini, tetapi itulah yang telah disuratkan oleh Allah, dan kami menerimanya dengan setia,”. Tambahan pula terdapat banyak  penggunaan kata kata  istana walhal dan shahadan. Perkataan jepun juga sering digunakan seperti Rajio dan kaciro wa rajio o motte iru hito dare desuka?

Antara nilai yang terdapat dalam novel ini adalah kegigihan dan keberanian berdepan dengan dugaan. Pak Hassan tetap menjalani kehidupan sebagai seorang pencerita walaupun peminatnya semakin berkurang. Seterusnya, nilai yang lain adalah kasih sayang sesama manusia Pak Hassan sayang terhadap anaknya . dia tidak pernah keluar negeri untuk berpisah dengan anaknya. Di samping itu, kerjasama adalah nilai yang seterunya. Orang kampong bergotong-royong membina petempatan untuk Pak Hassan pada tujuh belas tahun lepas.

Pengajaran yang saya peroleh dalam novel ini adalah kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup yang mencabar. Pak Hassan tabah menghadapi hidupnya selepas kehilangan isterinya, Selamah 17 tahun yang lalu dan terpaksa menjaga anaknya iaitu Mat Junuh yang cacat akalnya.

HHTSS merupakan sebuah novel yang mengisahkan berkenaan seorang lelaki tua yang lebih dikenali sebagai Pak Hassan, iaitu seorang penglipur lara di kala kehidupan zaman pendudukan British dan Jepun. Kehadirannya di beberapa buah daerah nyata sekali menghiburkan penduduk setempat kerana kebijaksanaan dan kepintaran beliau mengolah cerita yang nyata sekali menceriakan mereka untuk mendengarnya. Maklumlah, pada masa itu masih tidak dilengkapi dengan teknologi seperti sekarang. Radio pula mahal dan tidak mampu milik oleh semua orang (pada zaman itu). Maka, Pak Hassan menjadi tumpuan penduduk untuk berhibur. Namun di sebalik itu, kehidupan Pak Hassan dilingkari dengan kesedihan atas pemergian isteri kesayangan, Selemah setelah meninggal akibat sakit selepas bersalin. Nyata, pemergian isterinya membuatkan Pak Hassan kerinduan dan hanya ditemani dua orang anaknya yakni Senah dan Mat Jusuh yang terencat akal.Sebelum itu, keistimewaan yang dimiliki oleh Pak Hassan telah menjadinya amat disenangi oleh penduduk. Keperibadiannya yang ceria, ramah dan suka bergurau menjadikan jiran-jiran tidak merasa janggal dengan Pak Hassan sekeluarga. Akhirnya, di sebuah kampung Pak Hassan sekeluarga dijemput untuk tinggal menetap dengan tawaran tanah dan rumah oleh Imam Mahali. Sejak itu, dari sebuah kampung yang suram kini bersinar dengan kehadiran Pak Hassan sekeluarga. Itu lah yang berlaku sebelum kepergian isterinya. Kini, anak-anaknya sudah membesar dan Senah selaku anak sulung banyak mengikut ciri-ciri isterinya sehingga Pak Hassan teringat kepada Selemah. Namun, keadaan Mat Jusuh yang tidak sempurna sedikit sebanyak menganggu pemikirannya.

Konklusinya, buku ini membawa kita kepada kesulitan seorang seniman yang kehilangan abilitinya dalam dunia penglipur lara lantaran perubahan arus zaman yang membawa kepada satu revolusi dalam industri hiburan.

   928 patah perkataan 
      MOHD FAREEZ IZWAN BIN MOHD FIRDAUS CHARLES
SKK SMK GHAFAR BABA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...