Pages

Monday, November 8, 2010

Takotnya malam itu!!.. ~ngee~

        Pada suatu malam, aku dalam perjalanan pulang dari rumah rakanku. Dalam suasana malam yang agak larut, aku berjalan perlahan-lahan sambil menyedut udara nyaman pada waktu malam dengan indah.

        Dalam langkahku yang perlahan-lahan dan asyik memerhatikan bumi ciptaan tuhan tiba-tiba suasana disekelilingku menjadi begitu gelap. Aku terperanjat namun aku tetap meneruskan perjalanan dengan langkah yang sedikit besar daripada tadi. Aku memerhati sekelilingku. Aku melihat rumah-rumah di sepanjang jalan gelap kerana tiada lampu yang menerangi di dalam rumah mereka. Lampu-lampu di tepi jalan juga turut terpadam dan suasana di situ sungguh gelap dan menakutkan.

        Sepanjang perjalanan itu juga, kedengaran suasana yang riuh-rendah dalam setiap rumah, keadaan juga menjadi kelam-kabut. Ada yang ahli keluarga keluar untuk melihat rumah yang lain dan terdengar juga suara kanak-kanak menangis, mungkin kerana ketakutan ataupun ada yang kepanasan dengan suasana yang gelap dan tidak berangin.

        Melihat keadaan seperti itu, aku mulai bimbang memandangkan perjalanan masih jauh dan aku juga seorang gadis dan masih mentah untuk berjalan seorang diri dalam suasana yang gelap dan menakutkan. Aku mula memikirkan perkara-perkara yang negatif. Ada juga yang terterlintas difikiranku kemungkinan aku akan diculik ataupun bertemu dengan pelbagai spesis hantu apabila berjalan seorang diri pada waktu malam apatah lagi dengan suasana yang gelap gelita tanpa hiasan oleh 'sang lampu' untuk menerangi malam itu.. Aduhaii!! takutnya!!.. Sudahlah aku ni memag takut dengan hantu.. Ake masih teragak-agak untuk meneruskan perjalananku. Jika kau mahu berpatah balik untuk ke rumah rakanku, rumahnya sudah jauh dan jika kau meneruskan perjalanan ke rumah aku juga masih jauh, aku ibarat seperti 'berada di tengah lautan yang tidak bertepi'.. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah..

        Dalam perjalananku untuk pulang kerumah, tiba-tiba aku terlihat ada cahaya lampu yang menerangi ke arahku. Rupa-rupanya, sebuah kenderaan sedang menuju ke arah aku.. Ake berasa takut kerana mungkin orang yang menghampiri aku dengan sebuah kenderaan yang berjanama "TOYOTA VIOS" itu mempunyai niat jahat terhadap aku. Kereta itu semakin hampir denganku dan jantung aku bertambah kencang degupannya seperti tunggu masa untuk tercabut sahaja apabila kereta itu memberhentikan dirinya tepat di hadapanku. Tanpa memikir panjang, dengan akal aku yang separuh matang ini, aku terus membuka langkah seribu tanpa melihat siapa tuan punya kenderaan itu.. Namaku dipanggil dan dilaung dengan sekuat hati oleh pemilik kenderaan itu sambil mengejarku.. Akhirnya, aku dapat juga ditangkap oleh tuan punya kenderaan itu.. Aku terus menjerit...."TolonGGGG, ada orang nak culik akuu!!!!",.... aku meronta-ronta dalam pelukan orang itu.. Dia terus menerkup mulutku dan memalingkan wajah aku ke mukanya.. Aku tersenyum dan memegang tangannya, seorang lelaki rupanya.. Dalam samar-samar malam, aku kenal dengan lelaki itu.. Aku terus memeluk tubuhnya, dialah abang aku..fuhh....selamat..  =)

        Abangku ketawa macam orang kena serang sawan tahap kritikal sepanjang kami dalam perjalanan pulang ke rumah kerana dia kelakar melihat wajahku yang ketakutan dan pucat lesi seperti semua darah yang ada dalam badanku surah dihisap oleh pontianak yang muncul di imaginasi aku sewaktu berjalan seorang diri tadi.. Apabila kami tiba di rumah, kelihatan ibuku sedang menanti kepulangan aku di daun pintu rumah kampung yang telah kami diami sudah hampir 5tahun..  Akhirnya, aku tiba juga di rumah. Abangku yang mulutnya mengalahkan mulut tempayan pecah itu telah menceritakan segala yang terjadi kepada ibuku.. Ibuku tergelak besar mendengar cerita abangku apabila aku menjerit meminta tolong.. Memang dasar mulut tempayan besar, tidak boleh simpan rahsia langsung....

        3 minggu sudah berlalu, sejak kejadian hari itu.. Abangku sudah jadi seperti pemandu peribadi untuk aku.. Mahu tergelak juga apabila difikirkan semula.. Manakan tidak, semua tempat yang mahu aku lawati dia terpaksa menurut dan mengikut sahaja atas arahan dari ibuku selepas mendengar cerita darinya tempoh hari.. Ibuku mulai risau, lalu di suruh abang aku itu untuk bersama-sama dengan aku dan menurut ke mana sahaja aku mahu pergi.. Itu la nasib jadi mulut 'tempayan pecah'.. akhirnya diri sendiri yang merana..hahahaha.... =D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...